IQNA

Wanita Afghanistan adakan protes, tuntut hak

22:27 - September 04, 2021
Berita ID: 3100071
TEHRAN(IQNA)- Puluhan wanita berkumpul di Herat, di barat Afghanistan kelmarin bagi menyertai protes terhadap Taliban dan menuntut lebih banyak hak serta penyertaan dalam pemerintahan baru negara itu.

Wanita terbabit melaungkan slogan 'Jangan takut' dan berjalan menuju ke pejabat gabenor, sambil memegang sepanduk bertulis 'Kita semua bersama'.

Bandar Herat adalah salah satu kota paling liberal di negara itu, dengan ribuan wanita muda di situ menghadiri universiti dan bekerja di luar rumah mereka sebelum kemenangan Taliban dua minggu lalu.

Walaupun Taliban sudah menyatakan mereka menyokong hak wanita, banyak pihak tetap sangsi berdasarkan pengalaman sebelum ini.

Kali terakhir kumpulan itu memerintah negara itu, wanita dilarang mendapatkan pendidikan selain disisihkan daripada kebanyakan pekerjaan dan hampir semua aspek kehidupan awam.

Seorang penganjur tunjuk perasaan itu yang hanya dikenali sebagai Maryam, berkata mereka ingin menunjukkan kekuatan kepada Taliban.

"Sekiranya wanita tinggal di rumah, kita tidak dapat menunjukkan kekuatan kita, menyebabkan Taliban dapat mengenakan lebih banyak batasan kepada kita untuk mengetepikan kita daripada masyarakat dan politik secara perlahan-lahan," katanya.

Bantahan di Herat itu berlaku sehari selepas seorang pemimpin Taliban, Sher Mohammed Abas Stanekzai, memberitahu BBC (Parsi) bahawa wanita tidak akan mempunyai kedudukan menteri dalam pemerintahan Taliban.

Bagi setiap pemerintah, terlebih pemerintah yang ingin mengatur kehidupan berbangsa dan bernegara berdasarkan undang-undang syariah Islam, tentu logis nya wajib dapat pastikan bahwa kaum wanita dan anak-anak serta orang tua menjadi pemilik yang diprioritikan untuk dijaga, dihormati dan ditempatkan pada posisi yang dimuliakan, mengingat pentingnya masalah wanita dan keluarga dalam literatur pengajaran Islam seperti salah satu dari sabda Baginda Rasulullah Muhammad saw menegaskan:
:خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لاَِهْلِهِ وَاَنَا خَيْرُكُمْ لاَِهْلى ما اَكْرَمَ النِّساءَ اِلاّ كَريمٌ وَ لااَهانَهُنَّ اِلاّ لَئيمٌ؛
“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah sebaik-baik kamu terhadap keluargaku. Tidak ada yang memuliakan perempuan kecuali orang yang mulia dan tiada yang menghina
mereka kecuali orang jahat”. (Alhadis Nabawi saw; KRH; Nahjul Fasahah, hadis no 1520).

Terlebih bahawa para musuh juga menggunakan isu wanita untuk propaganda buruk mengenai wanita dalam kehidupan sosial negara-negara muslimin. Padahal kenyataan nya ajaran Agama Islam membuka kebebasan bagi wanita untuk mengembangkan segala potensi suci, ilmiah dan kerjaya dalam kemahiran
mengembangkan segala kemampuan nya yang sesuai dengan kodrat kewanitaan sebagai jelmaan penuh kasih sayang Allah swt untuk mengasuh dan mendidik anak, keluarga, umat dan bangsa.

bharian.com

captcha