"Sambutan menandakan kembalinya laungan azan dan doa di kawasan ini. Penduduk Mosul mahu kehidupan lama mereka semula," katanya.
Ratusan orang berkumpul sempena sambutan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW, di sebuah dataran dihiasi lampu warna-warni di masjid dan menara.
"Ia adalah sambutan pertama dianjurkan Masjid Al-Nuri sempena Maulidur Rasul," kata ketua hartanah Sunni di wilayah Nineveh, Abu Bakr Kenaan.
"Kami sangat gembira. Perasaan kami tidak dapat digambarkan ketika melihat semua orang di sini.
"Kegembiraan kami sangat besar. Perasaan kami tidak dapat digambarkan dalam melihat semua orang di sini," katanya.
Pemimpin militan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi muncul di Masjid Al-Nuri dengan mengisytiharkan penubuhan pemerintahan khalifah pada Julai 2014.
Bagaimanapun pada 2017, tentera Iraq dan pakatan antarabangsa menyingkirkan kumpulan itu dari bandar yang terletak di sebelah utara Iraq.
Lapan arkitek Mesir memenangi pertandingan antarabangsa bagi membina semula masjid sebagai sebahagian inisiatif UNESCO untuk 'menghidupkan semangat Mosul' bagi memulihkan bandar kedua Iraq dan kehidupan budayanya.
UNESCO berjaya meraih dana lebih AS$100 juta (RM415.2 juta) untuk projek berkenaan dan separuh daripadanya disalurkan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kerja-kerja baik pulih akan selesai pada 2023. Seorang pegawai memberitahu AFP bahawa struktur menara dan ruang solat akan dibina sama seperti dulu.
bharian.com