IQNA

Perintis perpaduan (2)

Ayatullah Muhammad Baqir Hakim; Syahid penyeru perpaduan

7:10 - October 24, 2021
Berita ID: 3100321
TEHRAN (IQNA) - Ayatullah Syed Muhammad Baqir Hakim yang telah syahid adalah salah seorang aktivis politik Iraq yang paling terkenal pada abad kedua puluh dan pihak berkuasa pertama yang mengeluarkan perintah jihad untuk kemerdekaan penduduk Palestin dan mengesahkan berdasar syariah hak perjuangan melawan penjajah zionis Israel bagi Mujahidin Palestin.

Laporan IQNA, serentak dengan hari ulang tahun kelahiran Nabi (SAW) dan Minggu Perpaduan, kita melihat kehidupan, karya dan pemikiran orang-orang hebat yang telah memainkan peranan penting dalam bidang perpaduan antara agama dan pendekatan (Taqarib bainal mazahibil Islamiah) agama Islam. Laporan ini dipersembahkan kepada khalayak dalam bentuk siri video bertajuk “Perintis Perpaduan”.

Syed Muhammad Baqir Hakim, putra Ayatullah Syed Muhsen Hakim, yang memiliki otoriti ulama marja' pengikut Agama Islam bermazhab Syiah, dilahirkan pada tahun 1318H / 1939M  di Najaf al-Ashraf. Dari awal usia kanak-kanak Beliau telah disekolahkan di hauzah dan melakukan usaha yang terbaik dalam mempelajari perundangan Islam (fiqah).

Hakim adalah salah satu pelopor dalam perjuangan menentang rejim Sadam dan bekerja keras untuk menjatuhkannya untuk menyelamatkan rakyat Iraq dari kezaliman rejim Sadam, sehingga isu penderitaan rakyat Iraq selalu menjadi tumpuan kata-kata dan aktivitinya. Ini memberi kesan besar dalam mempercepat kejatuhan Sadam. Berikutan penggulingan rejim Sadam oleh pasukan koalisi AS, Hakim memutuskan untuk kembali ke tanah airnya Iraq pada Mei 2003, setelah 23 tahun jauh darinya,  untuk membantu rakyat Iraq lebih dekat. Dalam pidato sebelum khutbah solat Jumat di Tehran pada 19/2/2003, Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada para pejabat, pegawai dan rakyat Iran, dan mereka juga menyatakan perasaan mereka bersama tentang kesedihan atas ketiadaannya.

Pada 29 Ogos 2003, tiga bulan setelah kembali ke tanah airnya (setelah kejatuhan Sadam) di Najaf, selepas menunaikan solat Jumaat di masjid haram suci Imam Ali (as) beliau syahid bersama dengan 125 jamaah lainnya, akibat bom teroris. Semoga rahmat dan maghfirah Allah atas Arwah syuhada.

4006178

captcha