IQNA

Apa kata Al-Quran / 6

Janji Allah yang pasti dalam mengabulkan doa manusia

7:37 - June 07, 2022
Berita ID: 3101140
TEHRAN (IQNA) - Manusia berseru kepada Tuhannya dalam masa-masa sukar hidupnya, tetapi kadang-kadang nampaknya suaranya tidak dijawab. Dalam keadaan begini, apakah perlu untuk memperbaharui cara berdoa kita atau wajarkah kita meragui kemampuan telinga yang belum mendengar untuk menjawab doa-doa?

Laporan IQNA; Mungkin pernah berlaku kepada setiap manusia sepanjang hidupnya apabila hatinya menghadap kepada Tuhan, dia tidak tahu bagaimana dia boleh berkomunikasi dengan Tuhan. Keadaan ini boleh mengelirukan sehinggakan perhatian hatinya hilang. Sebahagian umat Islam pada zaman Rasulullah (SAW) juga merujuk kepada Nabi dan ingin mengetahui cara berkomunikasi dengan Allah; merendahkan suara ataukah melaung tinggikan suara atau dengan kualiti doa yang bagaimana? Ketika itu diturunkan satu ayat yang amat menyejukkan hati.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Qs,Al-Baqarah 2:186).

Muhsen Qaraati, dalam Tafsir Noor tentang ayat ini, berkata: Doa berguna pada bila-bila masa dan di mana sahaja, kerana Tuhan berkata "Aku dekat" dan kedekatan-Nya adalah kekal. Tetapi bagaimana dengan kita? Adakah kita sentiasa dekat dengannya? Jika kemurkaan-Nya kadang-kadang menimpa kita, kerana jarak kita dengan-Nya adalah akibat dari dosa-dosa kita. Jawapan Tuhan adalah kekal, bukan sementara, dan doa dikabulkan apabila ia disertai dengan iman, seperti yang dimaksudkan oleh frasa - Walyuminu bi - وَلْيُؤْمِنُوابِي - "hendaklah mereka beriman kepadaKu". Doa juga sebagai wasilah memperoleh hidayah dan bimbingan Allah SWT -لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ - "supaya mereka menjadi baik serta betul".

Persoalannya sekarang ialah mengapa sesetengah doa kita tidak dimakbulkan sedangkan Tuhan telah berjanji untuk menjawabnya - ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ - 

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Qs, Ghaafir 40:60).

Muhsen Qaraati telah menjawab soalan penting ini:

  • Beberapa perbuatan seperti dosa dan kezaliman dan memakan makanan yang haram dan tidak memaafkan orang yang meminta maaf kepada kita, menghalang terkabulnya doa-doa.
  • Kadang-kadang doa tidak dimakbulkan, tetapi yang serupa apa yang didoakan dikabulkan.
  • Kadang-kadang doa tidak dikabulkan serta-merta dalam waktu yang cepat, tetapi doa akan memberi kesan kepada masa depan manusia atau keluarga dan generasinya atau pada hari kiamat.
  • Mana-mana doa yang tidak dimakbulkan sebenarnya bukanlah doa, kerana doa bermakna mencari kebaikan dan banyak keinginan kita adalah jahat dan tidak baik.
Berita Berkaitan
captcha