IQNA

Masjid Sheikh Zayed dalam senarai tarikan pelancong terbaik pada tahun 2022

10:32 - June 30, 2022
Berita ID: 3101210
TEHRAN (IQNA) - Masjid Besar Sheikh Zayed Abu Dhabi UEA diiktiraf sebagai salah satu tarikan pelancongan teratas di dunia berdasarkan ranking TripAdvisor pada tahun 2022.

Laporan IQNA, memetik Zawya; pencapaian ini merupakan antara kejayaan yang menunjukkan kedudukan masjid sebagai mercu tanda budaya terkemuka dalam peta pelancongan dunia, selain reputasinya sebagai bangunan unik yang menyerlah antara tempat ibadat dunia.

Masjid Besar Sheikh Zayed diumumkan sebagai salah satu tarikan pelancongan teratas di dunia berdasarkan ranking Trip Advisor pada 2022.

Masjid ini menduduki tempat pertama di rantau ini dan keempat di peringkat global dalam kategori "Top Tarikan" bagi anugerah "Pilihan Pelancong 2022: Destinasi Perjalanan Terbaik", yang dinilai berdasarkan kualiti dan kuantiti komen pengembara tentang pengalaman, lawatan, aktiviti, dan tarikan.

Masjid ini juga berada di kedudukan ke-9 dunia dalam bidang “top cultural and historical tours”- pelancongan budaya dan sejarah terbaik”.

Kepentingan masjid ini melangkaui kedudukan keagamaannya sebagai tempat ibadat, kerana ia memainkan peranan penting dalam mempromosikan mesej kewujudan bersama, keamanan dan belas kasihan antara budaya dunia, dan juga memainkan peranan penting dalam kebangkitan tamadun Islam, sebagai contoh seni bina Islam yang cemerlang.

Masjid ini menerima kira-kira 7 juta pengunjung dan jemaah dari pelbagai agama dan budaya setiap tahun.

4067350

captcha