IQNA

Asyura; Inspirasi perjuangan pembebasan

8:26 - August 07, 2022
Berita ID: 3101345
TEHRAN (IQNA) - Asyura adalah model yang luar biasa dan unik untuk penentangan terhadap sistem politik yang korup dan cara tadbir urus yang salah. Dalam era baru, pasukan pembebasan Islam dan juga mereka seperti Gandhi yang memimpin gerakan pembebasan telah diilhamkan oleh peristiwa Asyura.

Laporan IQNA; Hujjat-ul-Islam wal-Muslimin Syed Ali Mirmusawi, seorang penyelidik agama dan pensyarah di Universiti Mofid, menganalisis peristiwa Asyura dan pengajarannya untuk masyarakat hari ini, teks yang boleh anda baca di bawah:

IQNA - Memandangkan dunia sedang menuju ke arah sekularisasi dan masyarakat serta manusia moden menghadapi banyak krisis seperti krisis jati diri, etika dan kerohanian, apakah mesej dan pencapaian peristiwa Asyura untuk membebaskan manusia dan masyarakat moden daripada krisis tersebut?

Asyura adalah model yang luar biasa dan unik tampa bandingannya untuk penentangan terhadap sistem politik yang korup dan cara tadbir urus yang salah.

Dalam era baru, pasukan pembebasan Islam dan juga mereka seperti Gandhi yang memimpin gerakan pembebasan telah diilhamkan oleh peristiwa Asyura.

Etika penentangan dan pembebasan terserlah dalam konteks gerakan Asyura.

Pembebasan yang Asyura miliki untuk manusia moden adalah etika penentangan, pembebasan dan pertahanan diri dari arogansi penindasan dan kezaliman.

Kebangkitan Imam Hussain (as) bukanlah satu gerakan membuta dan ganas, tetapi pada hakikatnya Imam memikirkan semua langkah untuk mencegah peperangan dan keganasan, Beliau hanya mengambil pedang apabila terpaksa memilih satu daripada dua pilihan; kehinaan dan syahid.

IQNA - Bagaimanakah peristiwa Asyura dianalisis berdasarkan pandangan dan pendekatan Idea Utopian atau masyarakat ideal ?

Perbincangan tentang utopia atau masyarakat ideal dan ideologi adalah sangat penting.

Utopia bermaksud melukis situasi yang ideal dan mencari utopia dengan tujuan untuk mengkritik keadaan yang sedia ada dan mengubahnya ke arah situasi yang ideal.

Utopia sentiasa menjadi perhatian kuasa revolusioner dan revolusi sentiasa datang dari nadi utopia.

Sebaliknya, pihak lawan berada pada pihak penentang utopia dan Ideologi.

Ideologi ialah tafsiran bahawa struktur kuasa menyediakan realiti dan dicadangkan untuk membenarkan tindakan kuasa.

Mengenai peristiwa Asyura, terdapat pandangan utopia dan pandangan ideologi.

Dalam pandangan utopia, kebangkitan Imam Hussain (as) dibentangkan sebagai model untuk memprotes keadaan yang sedia ada dan menolak tatanan masyarakat yang telah jauh dari kedisiplinan syariah yang telah ditetapkan, dan arus lawan digambarkan sebagai arus Yazidi, dan atas dasar ini, tugas memerangi terhadapnya adalah wajar bahkan perlu.

Pandangan ideologi, sebaliknya, menggunakan sejenis simulasi sejarah Imam Hussain (as) untuk membenarkan keadaan semasa.

Nampaknya kedua-dua jenis tafsiran itu, walaupun menghadapi matlamat yang berbeza dengan kesilapan simulasi sejarah, tidak dinafikan bahawa tafsiran utopia lebih unggul daripada yang ideologi.

Dalam tafsiran berorientasikan tugas, disebabkan perbezaan keadaan sejarah, aspek inspirasi dan teladan gerakan ini diambil tetap terus dapat diambil kira.

Dari sudut pandangan ini, kebangkitan Imam Hussain (as) dilihat sebagai tugas yang tidak dapat dielakkan yang berada di bahunya dalam situasi sejarah yang istimewa.

Imam (as) pernah mengingatkan beberapa orang yang memberi amaran kepadanya tentang prospek kegagalan, tugas dan tanggungjawab ini.

Dalam ufuk dan perspektif Imam (as), kepentingan dan nilai melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sedemikian adalah begitu besar sehingga tidak mungkin untuk meninggalkannya hanya dengan pertimbangan kos yang pasti dan mungkin.

Keunikan langkah Imam Hussain dalam sejarah umat manusia adalah kerana beliau tidak menahan diri daripada sebarang bentuk pengorbanan diri dalam melaksanakan tugas tersebut.

Walaupun imam cuba membuat tindakannya semurah mungkin, beliau (as) memilih yang terakhir ketika dia berada di persimpangan kehinaan dan syahid.

Dalam era kontemporari, ramai di antara mereka yang telah mengeluarkan kos dalam melaksanakan tugas pembebasan mereka, telah melihat Asyura dari sudut ini.

captcha