IQNA

Diam yang bahaya untuk dunia dan akhirat

8:09 - August 11, 2022
Berita ID: 3101362
TEHRAN (IQNA) - Jika falsafah hidup anda apabila berhadapan dengan isu atau masalah sosial, ialah anda berkata “bukan urusan saya - Be man chie / Bahasa Farsi «به من چه؟»- denganku apa urusannya? - tiada urusannya denganku” berhati-hatilah agar kenyataan ini tidak bermakna berdiam diri dalam menghadapi penindasan dan banyak perkara negatif lain; Kesunyian yang mungkin bukan hari ini, tetapi esok, tragedinya pasti juga akan menimpa dan melanda anda.

Laporan IQNA; Berdiam diri mempunyai tempat yang besar dan berharga dalam Islam apabila ia bermaksud menjaga bahasa daripada keterlaluan, berkata tidak beradab, mengumpat, campur tangan yang tidak wajar dalam privasi orang lain, karut, dll.

Nabi tercinta Islam (SAW) mengatakan bahawa pembebasan atau keselamatan seorang mukmin adalah dengan menjaga lidahnya; Oleh itu, orang yang ingin dibebaskan atau selamat daripada kerugian kekal, hukuman dan kemurkaan Ilahi, mesti menjaga lidahnya; Kerana banyak dosa yang membawa kerugian abadi datang dari lidah manusia.

Nabi (SAW) bersabda di tempat lain yang bermaksud: Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyak kesalahannya, dan sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, dia sesuai mendapat api neraka.

Tetapi diam tidak semua selalu dibenarkan oleh rasionaliti agama; Di mana-mana sahaja dalam Islam diam bermakna "tidak peduli terhadap kesalahan, penindasan dan dosa", diam terhadap ini tidak dibenarkan.

Di mana sahaja anda melihat Islam diselewengkan atau dihina, diam tidak dibenarkan.

Di mana sahaja anda melihat kebohongan yang diceritakan yang membahayakan masyarakat, diam tidak dibenarkan; Bukan sahaja diam tidak dibenarkan, malah berucap adalah wajib.

Tidak dibenarkan berdiam diri daripada menghina orang. Kadangkala kalau kita acuh tak acuh dan tidak menyuarakan pendapat yang menentanginya, kita telah membantu menyebarkan ajaran sesat yang telah menyusup masuk ke dalam masyarakat, atau kita telah menolong orang yang zalim, atau kita telah berjiwa batu dihadapan orang yang dizalimi.

Dalam banyak isu yang berkaitan dengan masyarakat, "bukan urusan kamu- «به تو چه» - Be tu Chie «به من چه؟» bukan urusanku"? bermaksud mendiamkan diri dari mengajak kepada yang baik dan melarang yang buruk - meniadakan Amar makruuf dan Nahi Mungkar; Ini bermakna diam diri yang tidak logis; di mana anda harus berteriak dan harus bertindak.

Atas dasar ini, sebab besar diwajibkan oleh Islam untuk Amar Makruuf dan Nahi Mungkar menjadi seruan untuk tidak berdiam diri dalam menghadapi kesilapan, bida'ah dan kekejaman yang sedang kita saksikan dan lihat.

Kezaliman dan bida'ah dalam masyarakat Islam sudah pasti berkaitan dengan kita kerana ia membawa seluruh masyarakat kepada kerosakan dan kemusnahan serta menjejaskan seluruh anggota masyarakat.

 

4076538

captcha