IQNA

Kata Solat «صلاة» adalah perkataan yang paling penting dalam Al-Quran

8:49 - August 11, 2022
Berita ID: 3101363
TEHRAN (IQNA) - Solat dianggap sebagai salah satu prinsip agama dan umat Islam menganggapnya sebagai tiang utama religiusitas mereka dan percaya bahawa solat adalah cara komunikasi antara hamba dengan Tuhan. Oleh itu, solat adalah sangat penting bagi seorang muslim.

Laporan IQNA; Solat sebagai tiang agama dan keagamaan yang telah menjadi salah satu anjuran terpenting Al-Quran dan Al-Hadis Nabi Islam (SAW), bahawa perkataan «صلاة» digunakan 60 kali dalam Al-Quran, dan derivatif dan kerabat kata «صلاة» sebanyak 98 kali, menunjukkan kepentingan dan penekanan ini terhadap penegakan solat.

Dalam bahagian pertama Al-Quran, Solat telah disebutkan, 5 ayat pertama darinya:
- Ayat solat; menegakkan solat:

الَّذينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَ يُقيمُونَ الصَّلاةَ وَ مِمَّا رَزَقْناهُمْ يُنْفِقُونَ

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (Qs, Al-Baqarah 2:3).

- Ayat solat; sifat-sifat orang-orang yang bertaqwa:

وَ أَقيمُوا الصَّلاةَ وَ آتُوا الزَّكاةَ وَ ارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعينَ

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk." (Qs, Al-Baqarah 2:43).

- Ayat solat; minta pertolongan dengan solat:

وَ اسْتَعينُوا بِالصَّبْرِ وَ الصَّلاةِ وَ إِنَّها لَكَبيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخاشِعينَ

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk". (Qs, Al-Baqarah 2:45).

- Ayat solat; ditujukan kepada Bani Isra’il, untuk menitikberatkan pada mendirikan solat dan meminta pertolongan daripada solat ketika kesusahan dan kesulitan:

وَ إِذْ أَخَذْنا ميثاقَ بَني‏ إِسْرائيلَ لا تَعْبُدُونَ إِلاَّ اللَّهَ وَ بِالْوالِدَيْنِ إِحْساناً وَ ذِي الْقُرْبى‏ وَ الْيَتامى‏ وَ الْمَساكينِ وَ قُولُوا لِلنَّاسِ حُسْناً وَ أَقيمُوا الصَّلاةَ وَ آتُوا الزَّكاةَ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ إِلاَّ قَليلاً مِنْكُمْ وَ أَنْتُمْ مُعْرِضُونَ

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." (Qs, Al-Baqarah 2:83).

- Ayat solat; merupakan anjuran kepada umat Islam agar lebih memerhatikan solat dan melaksanakannya mengikut adab-adab dalam menghadapi usaha musuh-musuh untuk mempromosikan kefasikan dan pengrosakan akhlak sosial:

وَ أَقيمُوا الصَّلاةَ وَ آتُوا الزَّكاةَ وَ ما تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بِما تَعْمَلُونَ بَصيرٌ

"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Qs, Al-Baqarah 2:110).

Satu perkara penting yang boleh dilihat dalam ayat-ayat ini ialah mengiringi solat dengan amalan-amalan fardu dan anjuran yang wajib dilakukan oleh setiap orang mukmin.

Perbuatan seperti memberi, zakat, sabar, ihsan kepada ibu bapa dan menjaga anak yatim dan orang yang lemah.

Oleh itu, solat adalah permulaan untuk memasuki jalan agama dan mengabdikan diri kepada Allah, serta sebagai asas kepada amal-amal kebaikan pelengkap yang lain.

3964404

captcha