IQNA

Surah-surah Al-Quran (33)

Contoh pandangan sama Al-Quran terhadap wanita dan lelaki dalam Surah Al-Ahzab

5:43 - October 02, 2022
Berita ID: 3101603
TEHRAN (IQNA) - Perbezaan antara lelaki dan wanita adalah pada jasad, tubuh badan-jasmani atau fizikal mereka, manakala kedua-duanya mempunyai jiwa atau ruh - روح -, dan ruh tidak berjenis lelaki dan wanita sama dengan wujud malaikat yang tidak ada berjenis lelaki dan wanita, dalam pandangan Al-Quran ruh manusia boleh mencapai semua kesempurnaan; dari sudut ini, Islam memandang lelaki dan wanita sama.

Laporan IQNA; Surah ketiga puluh tiga dalam Al-Quran disebut - احزاب - 'Ahzab'. Surah dengan 73 ayat ini terdapat pada juzuk 21 dan 22. Surah Ahzab, yang merupakan salah satu surah Madaniyah, adalah wahyu yang ke-90 yang diturunkan kepada Nabi (SAW).

Penamaan surah ini kepada 'Ahzab' adalah kerana ayat 9 dan 25 tentang peperangan Ahzab dan perkataan «احزاب» - "parti-parti" muncul dalam ayat 20 dan 22 dan bermaksud pelbagai kabilah penting golongan kafir bersatu berperang untuk menghancurkan Islam dan Nabi (SAW) dan mereka yang memulakan serangan.

Peristiwa yang disebut dalam surah ini berlaku antara tahun kedua dan kelima Hijrah, ketika umat Islam mengalami masa yang sukar disebabkan kerajaan Islam yang baru lahir di Madinah, dan orang-orang musyrik, Yahudi dan munafik mencederakan mereka. Dalam pada itu, Nabi Islam (SAW) berdiri di satu pihak untuk menetapkan undang-undang sosial dan memerangi adat Jahiliah, dan di sisi lain, Beliau (SAW) menghadapi usaha bersama musyrikin, Yahudi dan munafik menentang kerajaan Islam.

Dalam surah ini juga terdapat beberapa topik tentang Nabi dan adab muslimin brinteraksi dengan Baginda (SAW), dan kedudukan isteri-isteri Nabi; apa yang diharapkan daripada mereka, seperti meninggalkan urusan duniawi, melampaui orang lain dalam ketaatan perintah Allah dan menjauhi maksiat.

Antara perkara lain yang disebut dalam surah ini ialah persamaan hak lelaki dan perempuan dalam memperolehi kebajikan dan kecemerlangan rohani. Hal ini dinyatakan dalam ayat 35 surah Ahzab:

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar." (Qs, Al-Ahzaab 33:35).

Ayat ini menyenaraikan 10 kesempurnaan untuk semua lelaki dan wanita dan dalam beberapa keunggulan yang sama diantaranya;
1. Keunggulan mencapai ilmu dan iman beragama -Aqidah-
2. Keunggulan praktikal dan moral -Amal Soleh-
3. Keunggulan taat perkara wajib
4. Keunggulan melaksanakan suka rela perkara sunnah atau mustahab

Ini menunjukkan bahawa wanita dan lelaki bersama-sama dalam semua kebajikan.

Ayat ini adalah contoh pandangan Islam yang sama terhadap wanita dan lelaki.

Berita Berkaitan
captcha