IQNA

Penyediaan 15,000 Naskhah al-Quran, Doa dan Ziarah di Haram al-Abbasi 

14:54 - July 19, 2025
Berita ID: 3106735
IQNA - Karbala: Lembaga Pengurusan Haram Suci al-Abbasiyah mengumumkan bahawa kira-kira 15,000 naskhah al-Quran, buku doa dan buku ziarah telah disediakan untuk kegunaan para jemaah berjuta-juta yang mengunjungi makam suci ini.

Laporan IQNA, memetik portal al-Kafeel « الکفیل»; Haram Suci Abu al-Fadl al-Abbas (a.s) telah melengkapkan persiapan dengan menyediakan puluhan ribu naskhah kitab suci dan keagamaan untuk menyambut musim ziarah berjuta-jemaah.

Sayyid Hussein al-Moussawi «سیدحسین الموسوی», Ketua Bahagian Pejabat dan Jabatan yang berkaitan dengan penyediaan bahan bacaan ini, menyatakan bahawa para kakitangan mereka telah menyediakan sekitar 7,000 naskhah al-Quran, buku doa dan buku ziarah khusus untuk ruangan utama (صحن مطهر ) Haram dan ruang bawah tanahnya (sirdab «سرداب‌») - tempat maulid Imam Mahdi (aj).

Beliau menambah bahawa bahagian berkenaan kini sedang melengkapkan ruangan suci dan sirdab dengan kira-kira 15,000 naskhah kitab al-Quran, doa dan ziarah, khusus untuk menyambut para jemaah yang hadir dalam acara-acara ziarah besar seperti Hari Asyura, Arba'in Imam Hussain (a.s), Nisfu Syaaban, Hari Arafah dan pelbagai majlis keagamaan lain.

تامین 15 هزار جلد قرآن و کتاب ادعیه و زیارت در حرم حضرت ابوالفضل (ع) + عکس

تامین 15 هزار جلد قرآن و کتاب ادعیه و زیارت در حرم حضرت ابوالفضل (ع) + عکس

تامین 15 هزار جلد قرآن و کتاب ادعیه و زیارت در حرم حضرت ابوالفضل (ع) + عکس

4294999

tanda nama: Ziarah Imam Husain
captcha