IQNA

Kenyataan Pemimpin Tertinggi Revolusi Merujuk kepada Al-Quran

Yang manakah "Al-Saabiquunal-Awaluun" yang diredhai Allah?

7:08 - October 01, 2022
Berita ID: 3101598
TEHRAN (IQNA) - Menurut ayat 100 Surah "Taubah", harus dikatakan bahawa "Al-Saabiquunal-Awaluun" yang bergerak di atas jalan iman dan amal soleh seperti pada hari pertama mereka dan seterusnya, akan diredhai oleh Allah SWT, tetapi bagi mereka yang hanya menjadi seorang perintis dan mempunyai sejarah awal dalam agama, tidak boleh menjadi alasan untuk mendapatkan keredhaan ilahi, kerana jika pada kelanjutannya hingga akhir hayat tidak lagi dalam iman, ketaatan pada Allah SWT - RasulNya SAW dan beramal soleh.

Laporan IQNA; Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Al-Imam Sayyid Ali Khamenei (hfz), dalam sebahagian daripada kenyataannya baru-baru ini dalam pertemuan dengan para veteran dan komander pertahanan suci Islam dan Republik Islam Iran, merujuk kepada ungkapan Al-Quran "Al-Saabiquunal-Awaluun" «السابقون الاولون» dan "was-saabiquunas-Saabiquun" «وَ السّابِقونَ السّابِقون» untuk veteran pertahanan suci dan berkata: "Ia bermaksud mereka yang lebih awal memenuhi keperluan Pembentukan negara Islam Madinah yang dibangun oleh Baginda Rasulillah Muhammad (SAW) daripada yang lain. Mereka tahu dan faham, mereka bergegas untuk memenuhi keperluan itu; itu pun di medan sukar seperti medan perang, medan jihad, medan pengorbanan; [Yang pertama] ialah ini; Oleh itu, memuji dan menghormati mereka adalah kewajipan kita semua."

Ungkapan "Al-Saabiquunal-Awaluun" adalah sebahagian daripada ayat 100 Surah At-Taubah, yang teks lengkapnya adalah seperti berikut:

«وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ»

"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula berhijrah dan memberi bantuan - dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman, taat dan beramal soleh), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar." (Qs, At-Taubah 9:100).

Mengenai martabat ayat wahyu ini, Syeikh Tusi berkata: Terdapat perbezaan pendapat tentang orang yang kepadanya ayat ini diturunkan. Abu Musa, Saeed Ibn Al-Musayyib, Ibn Sirin dan Qatadah berkata: Diwahyukan tentang orang-orang yang solat di kedua-dua kiblat.

Dalam ayat ini, umat Islam pada permulaan Islam -"Al-Saabiquunal-Awaluun"- dan hingga hari kiamat terbahagi kepada tiga golongan:

1. Kelompok Muhajirin -الْمُهَاجِرِينَ - yang datang dari luar kota Madinah; dari Makkah atau dari tempat-tempat lain jaziratul Arab (sudut terpencil Arab-Badwi), yang menjadi pelopor dalam memeluk Islam dan berhijrah untuk bergabung bersama Baginda Nabi (SAW) hidup di Kota Madinah yang dibangun oleh Baginda (SAW) menjadi pusat pemerintahan Islam pertama (mereka yang beriman, taat kepada Allah (SWT) - RasulNya (SAW) dan beramal soleh).

2. Kelompok Ansar - الْأَنْصَارِ - Penduduk yang sudah tinggal di Madinah atau ahli kariah yang menjadi pelopor dalam membantu Nabi (SAW) dan membantu para Muhajirin dalam menyambut dan menyiapkan keperluan untuk tinggal di Madinah (mereka yang beriman, taat kepada Allah (SWT) - RasulNya (SAW) dan beramal soleh).

3. Kelompok umat Islam yang datang setelah terbentuk negara Madinah atau para pendatang kemudian yang meneruskan sifat-sifat Muhajirin dan Ansar, iaitu mereka yang beriman, taat kepada Allah (SWT) - RasulNya (SAW) dan beramal soleh - وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ - dan juga bagi generasi-generasi berikut hingga hari kiamat yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan iman, ketaatan kepada Allah (SWT) - RasulNya dan beramal soleh).

Semua mereka redha dan diredhai Allah- mendapat keredaan Allah SWT dan Allah sediakan untuk mereka syurga.  

4088405

captcha