IQNA

Seni membaca Al-Quran / 19

Muhammad Ahmad Imran; Qari dan pemilik gaya penyair + klip tilawah & Mp3 Ibtihal

4:32 - January 12, 2023
Berita ID: 3102069
TEHRAN (IQNA) - "Muhammad Ahmad Imran" «محمداحمد عمران» adalah qari dan penyair Mesir terkenal yang kehilangan penglihatannya pada usia satu tahun dan dengan menjawab doa ibunya, dia mencapai kemasyhuran dunia.

Laporan IQNA; "Muhammad Ahmad Imran" adalah qari dan penyair Mesir yang terkenal. Beliau dilahirkan pada tahun 1944 di bandar Tahta di wilayah Sohaj, Mesir. Imran kehilangan penglihatannya ketika berusia satu tahun dan ibunya memohon kepada Allah SWT agar anaknya itu menghafal Al-Quran. Allah mengabulkan doa ibu dan anaknya menjadi qari dan penyair terkenal di Mesir dan dunia Islam.

Beliau berumur 10 tahun ketika beliau khatam Al-Quran, dan sebelum berumur 12 tahun, beliau telah mempelajari prinsip dan hukum Tajwid dan berjaya mendapat kebenaran membaca. Imran banyak dipengaruhi oleh Syeikh Naqshbadi (شیخ نقشبدی - 1976-1920). Sheikh menasihatinya untuk pergi ke Kaherah dan dia mengikuti nasihat ini pada usia muda. Imran pergi ke sekolah muzik untuk orang kurang upaya penglihatan di Kaherah dan belajar maqam-maqam muzik di sana. Selepas tamat sekolah menengah, Imran mula bekerja di sebuah syarikat faundri. Selain itu, sebagai qari di masjid syarikat, beliau membaca Al-Quran dan mencipta lagu-lagu keagamaan.

Kejayaan dalam peperiksaan Radio Al-Quran Mesir pada tahun tujuh puluhan adalah permulaan kemasyhuran Muhammad Imran. Selepas itu, Muhammad Imran banyak menyertai program dan sambutan keagamaan. Beliau adalah salah satu qari terkenal Mesir, yang dengan kepandaiannya yang hebat dalam tilawah dan menggunakan ilmu muzik, mampu mencipta gaya istimewa dalam tilawah dan ibtihal (qasidah keagamaan). Qari Mesir yang berhati terang ini juga meminati muzik. Dia percaya bahawa belajar muzik boleh membantu Abthal.

Beliau adalah salah seorang Mubtahal (pembaca qasidah) pertama yang membaca Al-Quran dan ibtihal semasa majlis perayaan agama. Beliau juga mengiringi artis dan penyanyi hebat dalam kalangan khas dan mengambil inisiatif dalam persembahannya, sehingga bliau diperhatikan oleh tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang muzik dan nada.

Beliau meninggal dunia pada 6 Oktober 1994 sebelum berusia 50 tahun. Kebetulan kematiannya bersamaan dengan hari ulang tahun kemenangan orang Arab ke atas Israel pada Oktober dan penyiaran program khas perayaan ini di televisyen Mesir, menyebabkan berita tentang wafatnya Muhammad Ahmad Imran tidak disiarkan, dan radio Mesir membuat berita meninggalnya selepas 20 hari wafat qari terang hati ini.

*Faundri: (Kejuruteraan) tempat logam atau kaca dileburkan dan dijadikan benda yang mempunyai bentuk tertentu.

 

 
captcha