IQNA

Gubahan bunga maqam suci Hazrat Masumah binti Al-Imam Musa ibn Jaafar; cucu kepada Imam Jaafar (as) + Gambar

TEHRAN (IQNA) - Sempena hari lahir cucu pemimpin mazhab Jaafari dari keluarga suci Nabi Muhammad SAW - yang dikenal dengan Karimah Ahlul-Bayt - Hazrat Fathimah Masumah (as), maqam beliau telah dihiasi dengan bunga-bunga oleh para pengkhidmat maqam saudara beliau al-Imam Ali Ibn Musa al-Redha (as).

Sempena peringatan ini dikenal dengan "Perayaan sepuluh hari Karamat" yang menandakan sepuluh hari antara ulang tahun kelahiran Hazrat Masumah (as) dan Imam Redha (as), anak perempuan dan anak lelaki Imam ke-7 silsilah keimamahan Ahlul-Bayt kenabian baginda Muhammad SAW.