IQNA

Ayat-ayat Al-Quran yang mengesahkan kebangkitan Imam Husain (as).

9:19 - July 25, 2023
Berita ID: 3102912
TEHRAN (IQNA) – Imam Husain (as) mengejar beberapa matlamat dalam kebangkitannya, termasuk penubuhan pemerintahan ilahi, menyelamatkan manusia daripada kejahilan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, yang berakar umbi dalam Al-Quran.

Seperti yang dinyatakan dalam nas-nas doa ziarah dari periwayatan sahabah pencinta Ahlulbait Nabi (SAW), termasuk dalam ziarah Arbain, Imam Husain (as) menampilkan dirinya sebagai penderma darah untuk menghilangkan kejahilan, dan isu ini juga terdapat dalam kitab-kitab hadis dari dua sumber periwayatan sunni dan syiah serta mempunyai asas Al-Quran.

Imam Husain (as) cuba menghidupkan masyarakat dengan menghapuskan akar pengulangan kejahilan, kerana kesesatan manusia disebabkan oleh kejahilan ini. Menyuruh kepada yang makruf dan melarang dari yang mungkar adalah kaedah yang digunakan oleh Imam Husain (as), untuk menanganinya Imam Husain (as) telah menunjukkannya dengan segala usaha, bahkan beliau (as) membawa keluarganya bersama-sama dengan cara ini untuk mengikuti matlamat dan tradisi Tuhan yang disebutkan dalam ayat-ayat Al-Quran:

الَّذينَ آمَنوا وَهاجَروا وَجاهَدوا في سَبيلِ اللَّهِ بِأَموالِهِم وَأَنفُسِهِم أَعظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّهِ ۚ وَأُولٰئِكَ هُمُ الفائِزونَ
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Qs, At-Taubah 9:20).

Imam Husain (as) dengan melakukan semua peringkat kebangkitan suci ini; menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan menyedari setinggi-tingginya, dengan menyerahkan nyawanya, Imam Husain (as) memperkenalkan kepada masyarakat; kewajipan menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran sebagai budaya untuk kehidupan yang sebenarnya, dan Imam Husain (as) juga mencapai matlamat seperti memperbaharui kembali keislaman umat datuknya ke agama Islam murni datuknya (as); dengan cara dan jalan yang sama sejajar dan selaras dengan cara dan jalan yang diajarkan oleh datuknya, baginda Rasulullah (SAW) dalam menyampaikan mesej kebenaran murni ilahi.

Ayat 59 Surah Al-Baqarah: 

فَبَدَّلَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ قَوْلًا غَيْرَ ٱلَّذِى قِيلَ لَهُمْ فَأَنزَلْنَا عَلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ رِجْزًۭا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ بِمَا كَانُوا۟ يَفْسُقُونَ ٥٩
“Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka)". (Qs, Al-Baqarah 2:59). 
 
Ayat 88 Surah Hud;

قَالَ يَـٰقَوْمِ أَرَءَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍۢ مِّن رَّبِّى وَرَزَقَنِى مِنْهُ رِزْقًا حَسَنًۭا ۚ وَمَآ أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَىٰ مَآ أَنْهَىٰكُمْ عَنْهُ ۚ إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ ٨٨
"Dia berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Dia memberi saya rezeki yang baik (dan karunia) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali!". (Qs, Hud 11:88).

Seyyed al-Syuhada (as) menjelaskan perkara tersebut dengan tujuan untuk memperbaharui agama datuknya (SAW).

Kadang-kadang dalam mencapai matlamat yang sama memiliki cara yang berbeza, seperti contoh; cara perjuangan para Imam maksum Ahlulbait Nabi (SAW) berbeza antara satu sama lain; ada yang meneruskan jalan dengan aman, ada dengan penerimaan perjanjian, dan satu lagi dengan kebangkitan dan perjuangan ketenteraan.

Walaupun cara perjuangan ketenteraan bukanlah matlamat utama kebangkitan Imam Husain (as), tetapi cara tadbir urus ini adalah salah satu daripada kapasiti yang penting dan sesuai pada zaman yang sedang beliau hadapi yang diperlukan dalam pelaksanaan Islam dan mengejar matlamat dengan cara ini, malah, dengan kebangkitannya, beliau telah memperoleh beberapa matlamat utama, iaitu menghilangkan kejahilan, menghidupkan semula tradisi menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran, memerangi kebatilan dan menutup fitnah pemerintahan Yazid yang ingin merosakkan dan memberangus Islam murni datuknya (SAW).

Pemerintahan Imam Husain (as) secara batin kebangkitan beliau telah berhasil sempurna dan telah direalisasikan pada masa itu juga hingga hari ini, iaitu dengan munculnya gelombang kebangkitan umat Islam menentang kuasa Yazid hingga meruntuhkannya dan cita-cita kembali kepada ajaran murni Islam dan menolak pemerintah zalim atau diktator adalah cita-cita bersama umat Islam hingga hari ini, walaupun pemerintahan secara zahir beliau (as) tidak tercapai pada tahun 61 Hijrah, tetapi matlamat bukan utama ini (memegang kuasa birokrasi negara) nampaknya, menurut dokumen dan teks agama Islam dari periwayatan Syiah sepenuhnya pemerintahan yang ingin ditegakkan oleh Al-Imam Husain (as) itu akan berlaku pada masa rajaat (رجعة), supaya tindakan Imam Husain (as) akan dijelaskan sepenuhnya.

*Petikan daripada temu bual Muhsen Dimekar (محسن دیمه‌کار), seorang profesor universiti, dengan Agensi Berita Al-Quran Antarabangsa (IQNA).

captcha