IQNA

Bacaan "Surah Fajr" suara Shahat Muhammad Anwar + Mp3

TEHRAN (IQNA) - Dalam riwayat yang berbeza, para Imam Maksum (ائمه معصومین(ع)) Ahlilbayt Nabi Muhammad (SAW) telah mengaitkan Surah "Al-Fajr yang diberkati" «سورة مبارکة الفجر» kepada Imam Husain (as), atas dasar kebangkitan dan kesyahidannya (as) menjadi sumber kehidupan dan pergerakan pada masa kegelapan seperti kebangkitan fajar dari kegelapan malam.

IQNA Pada bulan Muharram dan hari-hari berkabung untuk pemimpin syuhada, Hazrat Aba Abdillah Al-Husain (as), menerbitkan bacaan Surah Mubarakah Al-Fajr dengan suara qari terkenal dunia, antarabangsa dan terbilang negara.

Anda akan mendengar bacaan majlis ayat 15 hingga akhir Surah Fajr dengan suara Shahat Muhammad Anwar, qari Mesir yang terkenal:

 

 

 

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ ﴿۱۵﴾

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ ﴿۱۶﴾

Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

كَلَّا بَلْ لَا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ ﴿۱۷﴾

Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);

وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ ﴿۱۸﴾

Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin; 

وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَمًّا ﴿۱۹﴾

Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا ﴿۲۰﴾

Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! 

كَلَّا إِذَا دُكَّتِ الْأَرْضُ دَكًّا دَكًّا ﴿۲۱﴾

Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,

وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا ﴿۲۲﴾

Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah), 

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنْسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى ﴿۲۳﴾

Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي ﴿۲۴﴾

Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" 

فَيَوْمَئِذٍ لَا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ أَحَدٌ ﴿۲۵﴾

Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. 

وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُ أَحَدٌ ﴿۲۶﴾

Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya. 

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿۲۷﴾

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! 

ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً ﴿۲۸﴾

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) 

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿۲۹﴾

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia

وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿۳۰﴾

Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"

 - (Surah Al-Fajar) -