IQNA

Munajat Ketertinggalan umat Islam kerana kehilangan Imam zaman + Klip

BADAI AL-AQSA MUNAJAT (IQNA) Perenggan akhir "doa Iftitah" «دعاء الافتتاح» dalam Kitab Kumpulan doa-doa dari Ahlul-Bayt Nabi Muhammad (SAW) - yang bertajuk; "Mafatihul Jinan" - «مفاتیح الجنان» sebagai mengadu kepada Tuhan tentang keghaiban Hazrat Imam Al-Mahdi (afs) dari Umat Islam dan gencarnya permusuhan musuh-musuh Islam.

Di sebahagian doa tersebut dinyatakan: 

اللَّهُمَّ إِنَّا نَشْكو إِلَیك فَقْدَ نَبِینَا صَلَوَاتُك عَلَیهِ وَ آلِهِ وَ غَیبَةَ وَلِینَا [إِمَامِنَا] وَ كثْرَةَ عَدُوِّنَا وَ قِلَّةَ عَدَدِنَا، وَ شِدَّةَ الْفِتَنِ بِنَا وَ تَظَاهُرَ الزَّمَانِ عَلَینَا فَصَلِّ عَلَی مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ [آلِ مُحَمَّدٍ] وَ أَعِنَّا عَلَی ذَلِك بِفَتْحٍ مِنْك تُعَجِّلُهُ وَ بِضُرٍّ تَكشِفُهُ وَ نَصْرٍ تُعِزُّهُ وَ سُلْطَانِ حَقٍّ تُظْهِرُهُ وَ رَحْمَةٍ مِنْك تُجَلِّلُنَاهَا وَ عَافِیةٍ مِنْك تُلْبِسُنَاهَا بِرَحْمَتِك یا أَرْحَمَ الرَّاحِمِینَ.
"Ya Tuhan, sungguh kami mengadu kepada-Mu tentang ketiadaan Nabi kami, curahan rahmat-Mu ke atasnya dan keluarganya, dan dari hilangnya wali kami (Imam kami), dan banyaknya musuh kami dan sedikitnya jumlah kami. Dan dahsyatnya fitnah hasutan terhadap kami, dan aliran masa menghantam kami, kami membawa kemuliaan ke pintu-Mu, berselawat ke atas Muhammad dan keluarganya dan bantulah kami terhadap semua ini dengan pembukaan dari sisi-Mu yang didatangkan dengan cepat, dan musibah yang akan Engkau hapuskan, dan hamparkan kemenangan bagi kami dengan kemuliaan, dan kerajaan yang benar yang Engkau nyatakan, dengan rahmat dan kesihatan yang sempurna yang meliputi kami dari sisi-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih dari para Pengasih".

Anda akan mendengar petikan doa tersebut dengan suara Ali Fani «علی فانی», qari dan pembaca pujian-pujian keagamaan.

Munajat Ketertinggalan umat Islam kerana kehilangan Imam zaman

4181768

tanda nama: Munajat