IQNA

Gambar

Upacara tradisional "Sala" diadakan di maqam Imam Reza (as)

IQNA - Serentak dengan hari pertama bulan Muharram, upacara tradisional "Sala" «صلا» untuk memulakan perkabungan Seyyed al-Syuhada (as) telah diadakan oleh para khadim makam suci Razawi «حرم مطهر الرضوی» pada hari Ahad, 7 Julai, semalam.

Laporan IQNA; "Sala" dalam perkataan bermaksud memanggil, menjemput dan mengumumkan ketibaan sesuatu, dalam perkara ini seruan ketibaan bulam Muharram, bulan berduka orang-orang beriman. Upacara ini telah berusia lebih daripada 300 tahun dan pada awal Muharram setiap tahun dibuat oleh ahli zikir pecinta Ahlulbayt kenabian baginda Muhammad (as) membacakan syair dan ratapan kesedihan dengan tema berkabung kerana Imam Husain (as), cucunda tercinta Nabi Muhammad (SAW) telah terbunuh oleh kaum durjana, sedang mereka mengharap syafaat baginda Nabi - Habibullah (SAW) dari balasan azab Allah SWT atas dosa-dosa kedurjanaan mereka, perkara yang cukup menyayat hati telah berlaku dalam sejarah kemanusiaan.

3489032