Laporan IQNA; Hujjatul Islam Sheikh Muhammad Hadi Maliki «حجتالاسلام شیخ محمدهادی ملکی», penyelidik dan aktivis antarabangsa dari Hawzah Najaf al-Asyraf «حوزة نجف الاشراف», dalam sebuah tulisan untuk IQNA dengan tajuk ini, membahaskan struktur kuasa Islam moden serta peranan utama Iran dan paksi perlawanan dalam dinamika tersebut.
Menjelang perubahan besar dalam sejarah, dunia Islam sedang menyaksikan kelahiran semula pohon yang benihnya ditanam di Karbala - dan kini disirami dengan darah para syuhada perlawanan.
Iran, sebagai tulang belakang gerakan ilahi ini, bukan sahaja mencabar susunan kuasa global, tetapi juga - dengan ilham daripada ajaran Asyura - membuka jalan kepada tamadun berasaskan keadilan dan kebangkitan Islam.
Selama beberapa dekad, susunan dunia pasca Perang Dunia Kedua dirancang supaya lima kuasa besar dengan kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB mengawal sistem keputusan global.
Setiap pelaku yang menyimpang daripada model yang dipaksakan ini, digelar sebagai “negara jahat” «دولت یاغی». Namun, pengalaman Republik Islam Iran - sejak kemenangan revolusi hingga kini - telah membuktikan bahawa model dominasi ini boleh dilawan dan bahkan ditumbangkan, asalkan prinsip-prinsip berikut dijaga:
Kemerdekaan sejati
Pembinaan kekuatan dalaman
Pergantungan kepada kehendak rakyat.
Iran bukan sekadar sebuah negara merdeka yang menentang sistem dominasi dunia, malah ia memperkenalkan satu alternatif yang dikenali sebagai “perlawanan” «مقاومة» bukan untuk menjajah, tetapi untuk:
Membela yang tertindas
Memartabatkan maruah umat Islam
Membuka ruang bagi kemunculan Imam Mahdi (aj).
Berbeza dengan propaganda Barat yang menuduh Iran ingin membina empayar, hakikatnya Iran menghidupkan janji ilahi yang terasnya berpunca daripada aqidah Syiah, iaitu membentuk masyarakat dunia yang berlandaskan keadilan di bawah kepimpinan Imam Zaman (aj).
Model ini kemudian tersebar melampaui sempadan Iran, membentuk rantai strategik di wilayah perlawanan: Iraq, Syria, Lubnan, Yaman, dan lain-lain.
Hubungan Iran dengan negara-negara ini bukan kerana kepentingan jangka pendek, tetapi berdasarkan matlamat aqidah dan sejarah jangka panjang.
Pembunuhan komander besar Iran dan tokoh-tokoh perlawanan - seperti Sayyid Syuhada’ al-Muqawamah; Sayyid Hassan Nasrallah «سیدالشهدا مقاومت، شهید سیدحسن نصرالله», dan sebelum beliau Syahid Qassem Soleimani «شهید قاسم سلیمانی», dan lain-lain di Lubnan, Iraq dan Syria - adalah usaha terancang untuk memutuskan nadi utama strategi ini.
Namun, tindak balas yang berlaku bukan reaktif semata, tetapi strategik, seimbang dan penuh makna.
Slogan seperti “Ya Mahdi, tolonglah kami!” «یا مهدی ادرکنا» yang tertulis pada peluru berpandu bukan sekadar simbol emosi, tetapi refleksi kepada satu pandangan dunia yang hidup dan berakar:
Bahawa jalan perlawanan ini masih tumbuh dan berakar, dan akan diteruskan hingga mencapai matlamat terakhirnya.
Seperti yang digambarkan oleh ayat suci:
أَلَمْ تَرَ کَیْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا کَلِمَةً طَیِّبَةً کَشَجَرَةٍ طَیِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَ فَرْعُهَا فِی السَّمَاءِ- (٢٤_ابراهیم)
“Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah mengumpamakan kalimah yang baik (kalimah tauhid) seperti pohon yang baik; akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit.” (Qs, Ibrahim; 24).
Hari ini, pohon perlawanan yang besar itu berakar dalam bumi dan cabangnya menjulang ke langit, dan kehendak Ilahi adalah kemenangan jalan ini.
Dengan bertepatan musim Muharam dan situasi semasa rantau ini, kesedaran Husaini lebih bermakna dari sebelumnya.
Kemenangan perlawanan di medan tempur adalah gema dari semangat Asyura:
Penentangan terhadap kezaliman
Keinginan terhadap kemuliaan
Kesetiaan terhadap prinsip
yang terserlah dalam perjuangan melawan kuasa besar penindas.
Apabila satu peluru berpandu perlawanan menggoncang rejim Zionis, maka setiap ibu, anak dan pemuda di Iraq, Palestin atau Yaman merasakan diri mereka sebahagian daripada kemenangan itu.
Hari ini, perlawanan bukan sahaja satu tindak balas terhadap hegemoni Barat, bahkan ia telah menjadi satu sistem baharu alternatif yang berasaskan:
Kehendak rakyat
Aqidah yang teguh
Fokus kepada keadilan.
Iran, sebagai titik permulaan gerakan ini, telah berjaya mencabar struktur kuasa dunia dan mematangkan satu pendekatan yang merentas bangsa, mazhab dan rantau, bahkan mampu menjadi teras kepada tamadun Islam masa depan.
4295736