IQNA

Farhad Shafti menjelaskan:

Bicara 'suci' falsafi / transenden dari sudut Pandang seorang Penyelidik Al-Quran

4:32 - January 16, 2022
Berita ID: 3100648
TEHRAN (IQNA) - Apa yang perlu kita lakukan dengan transenden? / Kesan mengamalkan Al-Quran untuk kematangan akhlak dan pembersihan jiwa

Laporan IQNA, memetik Farhad Shafti, seorang penyelidik Al-Quran, berkata dalam persidangan ilmiah: Bagi saya,  menganggap Tuhan itu pragmatik, ini sudah cukup untuk menerima Muhammad (saw) sebagai Nabi, kerana bertindak berdasarkan kitabnya dan berfikir serta memperhatikannya, kepada saya dan sebilangan besar orang lain. Penerimaan ini telah membantu dari segi akhlak dan tata kelola pembersihan hati dan ini boleh dipertahankan untuk kenabiannya.

Berikut adalah petikan daripada pembicaraan Farhad Shafti, seorang penyelidik Al-Quran yang tinggal di Scotland, menjawab soalan; "Apa yang perlu kita lakukan dengan transenden dan apakah akhlak, yang cukup untuk kita?" Menurut ayat 62 Surah al-Baqarah:

«إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَى وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿۶۲﴾»

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (QS, Al-Baqarah 2:62)

Kelompok pemikiran pluralistik menggunakan ayat ini dan berkata: "Dalam teologi Al-Quran, Nabi Isa (as) tidak mendirikan agama baru, tetapi beliau adalah seorang pembaharu dalam meluruskan kelompok Yahudi, Al-Quran juga berbicara tentang orang Kristian dan Al-Quran secara mendasar tidak menerima kumpulan yang dipanggil Kristian, tetapi sekarang kumpulan atas nama ini telah dibentuk, Al-Quran juga telah menyinggung hal mereka; juga mengenai kelompok Saabien, terdapat banyak perselisihan pendapat tentang mereka, mereka adalah kumpulan kuno penganut agama Abrahamik.

Sekali lagi, dari sudut teologi Al-Quran, seseorang tidak boleh menyebut nama-nama Saabien, Yahudi dan Kristian atau Nasrani sama sekali secara rasmi sebagai agama yang patut dianut, tetapi ayat tersebut mengatakan bahawa jika orang-orang kumpulan ini mempunyai iman dan berbuat amal soleh maka mereka sebagai ahli keselamatan.

Faedah yang saya ambil dari ayat ini ialah Tuhan Al-Quran itu seorang yang pragmatis, bukan tuhan teori dan tidak ada kena mengena dengan cabang agama.

Di Akhirat, kita tidak disoal, tetapi jika seorang Kristian dan Saabien sekalipun, mempunyai iman dan amal soleh, dia adalah orang yang selamat.

Apa itu iman kepada Al-Quran?
Shafti berkata: Al-Quran sentiasa menekankan amal soleh bersama dengan iman, dan ramai yang beranggapan bahawa iman ini adalah kepercayaan kepada Tuhan, manakala iman tidak bermakna kepercayaan kepada Tuhan sahaja; Kerana semua golongan yang disebutkan di dalam Al-Quran seperti Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain semuanya beriman kepada Tuhan, maka iman itu adalah percaya kepada kepercayaan yang Al-Quran ajarkan, mereka miliki dan beramal dengannya, kerana orang-orang musyrik juga di bawah pengaruh Agama-agama Ibrahim mempunyai kepercayaan yang sama, mereka mempunyai Tuhan.

Setiap orang berjaya dalam cara rohaninya, dengan syarat dia hendaknya berusaha untuk mensucikan diri dari perilaku syirik dan jenayah dosa.

Shafti meneruskan dengan menyatakan bahawa pandangan saya adalah pluralistik dan saya tidak percaya bahawa setiap orang harus berada dalam agama saya dan agama tertentu, tetapi jika setiap orang membina jalan spiritualnya sendiri, jika dia menuju ke arah suci, dia mungkin lebih baik berperilaku dari saya yang seorang muslim.

Shafti meneruskan: jika seseorang setelah meneliti, menerima saya sebagai bahagian daripada masyarakat beragama tertentu, seperti Yahudi atau Islam, dan lain-lain, iaitu telah menerima kerangka dan imej tertentu. Jika dia seorang muslim, dia solat dan menerima haram dan halal yang ditentukan oleh Al-Quran, dan dia memakai hijab, sekalipun pemahaman yang diambil dari hijab beraneka ragam, dan juga berkemungkinan orang lain berbeda pandangan tentang hijab darinya, tetapi mereka tetap dalam kategori sebagai satu umat dan hendaknya dia mesti menjaga dirinya dalam umat yang satu.

Kata pengkaji Al-Quran ini: "Menurut bacaan Al-Quran saya, yang di dalamnya terdapat akhlak dan tazkiah (memproses untuk menjadi suci diri), ia membantu saya menjadi manusia yang lebih kuat dan mengurangkan rasa rendah diri. Juga, berdasarkan pemahaman saya tentang wahyu, saya tidak melihat sebarang percanggahan dalam Al-Quran.

Dari sisi lain saya melihat sejarah kaum muslimin; Rumi, Mulla Sadra, Bayazid, Allamah Tabatabai, dan lain-lain yang membesar dengan Al-Quran dan mencapai satu tahap suci, dan bagi saya, menganggap Tuhan itu pragmatik, iaitu cukup bagi saya alasan untuk menerima Muhammad sebagai Nabi Allah swt, kerana mengikuti kitabNya dan tenggelam di dalamnya telah membantu saya dan ramai orang lain dari segi akhlak dan tazkiah, dan ini cukup beralasan untuk membela kenabiannya.

Ole itu, jika suatu hari nanti seseorang menunjukkan kepada saya dan meyakinkan saya bahawa Muhammad (saw) bukan seorang nabi, saya akan mempertimbangkan semula.

(Perlu diingatkan; Penerbitan kenyataan ini tidak bermakna ia diluluskan oleh IQNA, dan pengkritik boleh menghantar kritikan mereka terhadap kenyataan pemilik pandangan ini, kepada agensi berita ini.)

4028282

captcha