IQNA

Jejak Dzurriyah Rasulullah (SAW) di Nusantara (1):

Masjid Tok ku Paloh dan keunikannya + Video

17:35 - March 20, 2022
Berita ID: 3100895
TEHRAN (IQNA) - Umat Islam adalah orang-orang yang menganut Agama Allah (SWT) yang beriman dan mengikuti kenabian dan kerasulan baginda Muhammad (SAW) hingga hari kiamat, dan kalimah "Allah" (SWT) sebagai Nama Tuhan yang diperkenalkan oleh Ajaran Islam yang mempunyai sifat-sifat zat yang sempurna; Maha hidup, maha berilmu, maha mengetahui, maha berkemampuan, tidak beranak dan tidak diperanakkan, maha berkuasa, maha mencipta dan memilih serta menentukan segala yang dikehendaki daripada ciptaan-Nya.

Laporan IQNA; Konsep Ajaran Agama Islam disampaikan oleh Allah (SWT) melalui malaikat Jibril (as) kepada Baginda Muhammad (SAW) berupa wahyu, yang kemudian wahyu Allah (SWT) itu dimuat dalam tiga jenis ucapan atau perbicaraan Baginda Rasulullah (SAW) iaitu yang dikenal dengan : Al-Quran, Hadis dan hadis Qudsi, yang ketiga nya menjadi sumber rujukan legaliti ajaran Agama Islam hingga hari Kiamat.

Salah satu konsep yang terkandung dalam ajaran dan pengenalan Islam ialah konsep Kepimpinan, konsep kepimpinan Muslimin sangat jelas dalam ajaran Islam dan terdapat hubungan yang erat dengan keturunan dan dzurriyah Nabi Muhammad (SAW).

Di samping 14 orang suci dan dari mereka 12 orang diperkenalkan sebagai Imam Ahlulbait Rasulillah Muhammad (SAW) yang memimpin umat Islam sepeninggal Baginda Muhammad (SAW), merekalah yang dipilih dan ditetapkan oleh Allah (SWT) sebagai yang menjaga kesucian ajaran Islam, dan umatnya wajib beriman, berpegang teguh dan mentaati mereka (as) selaku pimpinan kerohanian dan harakah politik umat Islam hingga hari kiamat.

Sudah tentu tidak dapat dinafikan bahawa terdapat keturunan mereka (as) sehingga hari ini, kita dapat melihat ada di antara mereka yang berperibadi mulia dan memainkan peranan penting dalam masyarakat umat Islam dimana-mana sudut dunia mereka berada dan berhijrah, sekalipun mereka tidak disebut sebagai yang dijamin langsung kemaksumannya oleh Allah (SWT) seperti 12 Imam Maksum (as), namun mereka tampil mengikuti jejak datuk dan moyang mereka yang maksum itu, sama ada dalam bidang keilmuan, kemuliaan moral dan akhlak, berdakwah dan aktif menolong dan berjuang jihad membela rakyat yang ditindas oleh kaum penjajah dan berusaha membangun dan mensejahterakan setiap masyarakat yang mereka hidup bersama.

Nusantara adalah salah satu tempat yang menjadi halatuju penyampaian Risalah Islam, sebagai bumi Allah, Nusantara memiliki penduduk yang mengenal dzuriah Rasulullah (saw) yang berhijrah dari bumi asal datuk mereka Rasulullah (SAW) sejak berabad-abad yang lalu, bahkan sekarang kita dapat saksikan dzurriyat menjadi penduduk yang sejiwa dengan penduduk tempatan, sebahagian dari para dzurriyat masih melanjutkan tugas risalah, menyampaikan pencerahan Agama Allah (SWT) dan ikut berperan menyelamatkan penduduk Nusantara dari serangan dan perampasan tanah air mereka oleh kaum penjajah Barat, seperti pasukan tentara penjajah British-Inggeris pernah datang menjajah kawasan di Nusantara pada abad-abad 18, 19 dan bahkan hingga hari ini masih berlaku sistem penjajahan mereka mendominasi kebijakan-kebijakan politik di tanah rantau ini.

Salah seorang Tokoh bersejarah di Nusantara adalah Tok Ku Paloh, beliau salah seorang dzurriyat yang duduk merakyat dengan penduduk Nusantara, tepatnya di kuala Terengganu.

Keunikan Peranan Tok Ku Paloh dapat dibaca pada catatan sejarahnya yang banyak di tulis oleh pegiat sosial media diantaranya; 

Keunikan Masjid Tok ku Paloh

Masjid Almarhum Engku Syed Abd Rahman atau Masjid Tok Ku Paloh dikampung Paloh, Kuala Terengganu, rumah Allah berusia lebih dari 150 tahun itu ada rahasia dan kelebihan tersendiri.

Dibina pada tahun 1862 berasaskan  kayu cengal dan tembusan berdekatan dengan sungai Paloh.

Penasihat yang juga imam masjid itu, Syed Mustapha Syed Abdullah, berkata masjid itu dibina ulama besar Terengganu, Tok Ku Paloh di tepi sungai bagi memudahkan jemaah mengambil wuduk, namun selepas mengalami hakisan ia dipindahkan ke kawasan lain dan bertahan selama beberapa tahun.

Pada tahun 1960 atas persetujuan ramai, masjid itu dipindah semula ke tanah wakaf Tok Ku Paloh berdekatan Muzium Losong dan kekal sehingga sekarang sebagai tempat Ibadat penduduk Kampung Losong dan Pulau Rusa.

Memandangkan masjid itu mempunyai nilai sejarah, ia yang diasaskan ulama besar Terengganu abad ke-19 yang juga penasihat Sultan Zainal Abidin III, ramai berkunjung ke sini setiap tahun.

Masjid Tok ku Paloh dan keunikannya + Video

Masjid Tok ku Paloh dan keunikannya + Video

Satu cebisan kisah keunikan masjid Tok Ku Paloh dapat di semak video berikut:

 

 
 
captcha