IQNA

Nasyid Patriotisme Sejati kemanusiaan + Video

4:56 - September 18, 2022
Berita ID: 3101538
TEHRAN (IQNA) - Pertahanan tanah air adalah perkara biasa dalam patriotisme, tetapi pada akhirnya umat manusia hanya akan mempertahankan nilai-nilai suci kemanusiaannya seperti; Keadilan, kedamaian, kesejahteraan dan peradaban mulia yang berlandaskan tatanan asli Pencipta dunia dan manusia yaitu berdasarkan kehendak Tuhan Yang Maha Esa sebagai pemilik mutlak manusia dan alam ciptaanNya.

Laporan IQNA; Setelah sekian lama Proses Kehidupan Manusia dan Alam merentas zaman sejarah panjangnya, tentu memiliki awal dan lalu akan memiliki hujung akhirnya; Firman Allah swt;

وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ

"Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di bumi, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi." (Qs, Al-Qasas 28:5).

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas;
Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan.

'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara, tetapi diperhatikan rapuhnya identiti yang bersandar pada aspek duniawi ini, memastikan adanya tanah air asli manusia di mana dia berasal mula keberadaannya, tentu hal ini hanya Agama yang dapat memberi jawapan, oleh itu Agama adalah pencetus patriotisme sejati bagi manusia.

Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi antara ahli-ahli bangsa-bangsa.

Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain.

Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya.

Patriotisme mengandungi konotasi etika satu taraf moral atau nilai moral dan hanya Agama yang dapat mengukuhkan nilai moral. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya.

Dari definisi bebas tersebut dapat dikaitkan dengan asal mula dan tujuan asli Manusia dan Alam oleh Tuhan Pencipta; Patriotisme pada akhirnya merujuk pada nilai-nilai Kemanusiaan yang dikemas dalam tatanan global keyakinan terhadap perbaikan semesta Alam, tanah air dan integriti kemanusiaan yang adil dan beradab yang hanya boleh dibuat oleh hamba-hamba soleh Tuhan yang juga dipimpin oleh utusan Tuhan yang menurut ajaran Islam untuk akhir zaman ini di sebut Imam Al-Mahdi (Pemimpin yang telah diberi hidayah oleh Tuhan untuk menjalankan tugas kepemerintahan dunia dengan keadilan yang merata di akhir zaman) yang ditunggu oleh semua aliran pemikiran dan Agama, mengenai harapan akhir dan penyelamat segala krisis kemanusiaan dan Alam ini tertumpu pada kehadiran kepemimpinannya ajjalallahu Ta'ala farajahu syarif - semoga Allah mempercepat kemunculannya yang mulia.

Nasheed Salam farmandeh yang bermaksud 'salam kepada pemimpin sejati - Al-Mahdi' yang telah dinyanyikan secara global dengan pelbagai bahasa populer dunia pada hakikatnya sedang melukis patriotisme asli kemanusiaan yang adil dan beradab yang menjadi idaman setiap insan yang bijaksana, dibawah anda dapat semak Nasheed Salam Farmandeh versi bahasa Melayu:

 

captcha