Laporan IQNA; Topik penghormatan terhadap orang dalam Al-Quran harus dicari dalam akar visi Firman Allah swt mengenai prinsip martabat kehormatan manusia. Firman Allah dalam surah Al-Israa ayat 70:
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِی آدَمَ
"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam" (Qs, Al-Israa' 17:70).
Dalam ayat ini, manusia disajikan dengan martabat dan nilai semata-mata dengan menjadi manusia, yang merupakan subjek yang boleh direnung dan tadabur.
Tetapi malangnya, kadangkala kita mempersoalkan maruah manusia dengan alasan perbezaan agama, mazhab, etnik dan bangsa, sedangkan ini bukan pandangan Al-Quran tentang manusia.
Apabila kita menghormati prinsip kemanusiaan, sudah pasti kita akan memelihara kesuciannya. Al-Quran juga banyak menyebut contoh kesucian dan kemuliaan manusia.
Sebagai contoh, dalam Surah Al-Hujurat, ada larangan mengintip kehidupan orang lain, larangan ghaibat - memburukan orang lain - dan mempersendakan - mengejek - orang adalah dilarang, perihal ini berkaitan dengan menghormati orang, yang harus kita perhatikan dalam perkataan dan perbuatan.
Apabila kita mengatakan bahawa Al-Quran dan pandangan agama memperkenalkan manusia kepada persaudaraan seiman yang perlu dirawat antara sesama mereka, ini bermakna penghormatan yang diikat oleh saudara dan saudari dalam hubungan antara satu sama lain yang mesti dizahirkan dalam masyarakat.
Al-Quran dengan jelas mempertahankan privasi orang beriman dan kesucian mereka dan berkata dalam ayat 58 Surah al-Ahzaab:
وَالَّذِینَ یُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِینَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَیْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِینًا
“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata." (Qs, Al-Ahzaab 33:58).
Sudah tentu kesucian dan kehormatan individu bukan sahaja terhad kepada isu-isu yang berkaitan dengan masalah akhlak, tetapi juga dalam kesucian dan kehormatan harta-nya dan segala yang berkaitan dengan nama baiknya.
Al-Quran mengangkat isu-isu yang berkaitan dengan larangan memakan harta anak yatim dan lain-lain isu yang berkaitan dengan privasi dan harta orang beriman.
* Diambil daripada wawancara Youssef Salari, Hafiz Al-Quran Ahli-Sunnah dengan wartawan IQNA.