IQNA

Harta dan kekayaan dalam risalah huquq Imam Sajjad (as)

13:03 - November 21, 2022
Berita ID: 3101832
TEHRAN (IQNA) - Menurut konsep agama, ujian ketuhanan untuk hamba mempunyai bentuk yang berbeza, dan pemilikan harta adalah salah satu kes di mana banyak cadangan diberikan dalam Al-Quran tentang cara mendapatkan dan membelanjakannya dengan cara yang halal.

Laporan IQNA; Imam Sajjad (as) mempunyai sebuah risalah di mana dia menyebut lima puluh hak yang berbeza dan menarik perhatian orang ramai tentang perkara ini; Hak mata, hak telinga, lidah, kaki, tangan, hak ibu, hak bapa, rumah, jiran, abang, kakak, kawan, musuh, Islam, bukan Islam adalah kumpulan huquq daripada risalah huquq beliau (as).

Dalam salah satu bahagian risalah ini, menyebutkan hak ke atas harta daripada kata-kata Imam Sajjad (as):

وَ أَمَّا حَقُّ الْمَالِ فَأَنْ لَا تَأْخُذَهُ اِلاَّ مِنْ حِلِّهِ وَ لاَ تُنْفِقَهُ اِلاَّ فِی حِلِّهِ وَ لاَ تُحَرِّفَهُ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَ لاَ تَصْرِفَهُ عَنْ حَقَائِقِهِ وَ لاَ تَجْعَلَهُ اِذَا کَانَ مِنَ اللَّهِ اِلاَّ اِلَیْهِ وَ سَبَباً اِلَى اللَّهِ وَ لاَ تُؤْثِرَ بِهِ عَلَى نَفْسِکَ مَنْ لَعَلَّهُ لاَ یَحْمَدُكَ وَ بِالْحَرِیِّ أَنْ لاَ یُحْسِنَ خِلاَفَتَهُ فِی تَرِکَتِكَ وَ لاَ یَعْمَلَ فِیهِ بِطَاعَةِ رَبِّكَ فَتَکُونَ مُعِیناً لَهُ عَلَى ذَلِكَ أَوْ بِمَا أَحْدَثَ فِی مَالِكَ أَحْسَنَ نَظَراً لِنَفْسِهِ فَیَعْمَلَ بِطَاعَةِ رَبِّهِ فَیَذْهَبَ بِالْغَنِیمَةِ وَ تَبُوءَ بِالاِْثْمِ وَ الْحَسْرَةِ وَ النَّدَامَةِ مَعَ التَّبِعَةِ وَ لا قُوَّهَ اِلاَّ بِاللَّهِ

“Adapun hak harta, ialah janganlah kamu mengambilnya melainkan dengan cara dan dari jalan yang halal, dan janganlah kamu membelanjakannya melainkan di jalan yang halal, dan janganlah kamu memesongkannya dari tempatnya yang patut, dan janganlah kamu menggunakannya dengan tidak sepatutnya. Dan janganlah kamu membelanjakan harta yang datangnya dari Allah, melainkan dengan jalan-Nya dan untuk kepentingan mendekatkan diri kepada Allah. Dan jangan merugikan diri anda setelah anda bersusah payah memperolehinya kerana untuk orang yang mungkin menyebabkan anda tidak terpuji dan juga tidak layak untuk menjadi mewarisi harta warisan anda, supaya anda tidak memberikannya kepada orang yang akan membelanjakannya bukan untuk ketaatan kepada Allah, lalu anda menjadi penolongnya dalam berbuat dosa dengan harta yang anda berikan - wariskan. Dan hendaklah anda jangan meninggalkan ketaatan kepada Allah dengan harta yang ada pada tangan anda, supaya ada harta pusaka untuk anda membelanjakannya dengan cara yang baik, niscaya anda juga akan menuai pahalanya, atau dengan apa yang berlaku dalam harta anda, yang terbaik untuk diri penerima, dengan ia menggunakan untuk ketaatan kepada Tuhannya, maka dia akan pergi dengan harta itu, atau disebabkan oleh harta anda, dia lebih baik daripada diri anda sendiri, lalu dia melakukan ketaatan kepada Tuhannya, sedang dia mengambil keuntungan dari harta anda, untuk bertaubat dari dosa, merasai penyesalan dan sangat berhasrat mengganti beban dosa dengan membelanjakan harta di jalan Allah, dan tidak ada daya kecuali dengan Allah" (KR; Tuhaful uqul; hlm. 267).

Menurut kata Imam Sajjad (as), hak harta dan modal ialah kita memperolehnya dengan cara yang sah dan halal, bukan dengan jalan melakukan perkara yang mungkar dan haram.

Isu ini sangat penting sehinggakan jika misalnya, seseorang telah mewasiatkan wang dan kekayaannya untuk dibelanjakan kepada anak-anak gelandangan di kawasan tertentu, hendaknya orang yang diwasiatkan tidak membelanjakan wang ini untuk perkahwinan orang muda atau apa-apa kerja lain sekalipun juga baik, ini yang dimaksud tidak mengubah letak harta yang diperuntukkan kepada sesuatu perkara yang diwasiatkan oleh pemilik harta.

Nasihat imam yang mulia yang seterusnya ialah anda tidak boleh memberikan wang dan harta anda kepada seseorang yang tidak menyukai kaedah anda untuk membelanjakan harta secara halal, kerana dia boleh menggunakannya dengan cara yang fasik dan kelakuan dosa dan ia tidak akan memberi manfaat kepada anda.

Perintah Imam Zainul-Abidin yang seterusnya ialah tentang harta halal yang diperoleh melalui kerja keras dan aktiviti di dunia, tetapi pemiliknya tidak merasai manfaat dari harta itu untuk membelanjakan wang halalnya sendiri di jalan Allah, tetapi malah menjadi warisan untuk anak-anaknya sebagai harta pusaka yang dia tidak tahu anak-anaknya malah menggunakan harta itu untuk perilaku dosa dan maksiat, bahkan jika mereka membelanjakan modal ini untuk kebaikan dan mendapat keredhaan Allah pun juga tetap menjadi hal yang akan disesalkannya mengapa dia tidak melakukannya sendiri untuk meraih pahala besar membelanjakan harta di jalan Allah di masa hidupnya (membelanjakan harta untuk mentarbiyah anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan berkemampuan untuk mencari nafakah - bukan hanya menunggu harta warisannya).

Allah telah menekankan isu penting ini dalam pelbagai ayat Al-Quran bahawa memiliki harta dunia adalah amanah dan ujian, dan kita mesti memberi perhatian kepada isu bagaimana kita mendapat modal ini dan dengan cara bagaimana kita sepatutnya untuk membelanjakannya.

* Petikan sesi pengajaran Al-Quran, Hujjatul-Islam Qaraati, mufassir Al-Quran dan penyusun Tafsir Noor.

Nama:
Email:
* komen:
captcha