IQNA

Api dan cahaya dalam wujud manusia

7:20 - November 28, 2022
Berita ID: 3101867
TEHRAN (IQNA) - Di dalam diri manusia adalah medan persaingan tenaga negatif dan positif, fikiran baik dan buruk. Tenaga dan pemikiran negatif membawa orang jauh dari matlamat asli manusia dan bahkan mencapai tahap di mana orang jauh dari kemanusiaan mereka. Oleh itu semestinya yang disebut orang yang berjaya adalah orang yang mengehadkan medan untuk kuasa pemikiran negatifnya.

Laporan IQNA; Iman dan kehambaan adalah sumber kebaikan, dan menurut apa yang dikatakan dalam doa dan hadis "kebaikan" «احسان» - Ihsan - adalah cahaya dan "dosa" adalah api.

Dengan mengingati Allah manusia dapat menghindari dosa atau api batinnya; Dalam kes ini, cahaya menggantikan api (panas membakar yang memusnahkan diri manusia diluruhkan dan hanya tertinggal cahaya terang-benderang, sejuk dan menyenangkan serta memberi manfaat petunjuk ke jalan lurus Tuhan). Walau bagaimanapun, terdapat sesuatu dalam diri manusia yang cenderung untuk membakar dan menariknya ke arah api pemusnah.

Yang dimaksud "Api" pemusnah diri manusia adalah tindakan dan fikiran negatif, dendam dan masalah yang ada di dalam hati kita. Oleh itu, tema pengampunan telah ditekankan kerana dengan memaafkan, kita dibebaskan daripada belenggu dan kepungan kobaran api pemusnah diri dan jiwa kita.

Cemburu dan pemikiran negatif adalah contoh api dalaman manusia.

Apabila "api" berkurangan, "cahaya" bertambah, dan ciri-ciri cahaya ialah ia membiak atau memancarkan sinar terang dan memenuhi diri kita dengannya; Seperti yang digambarkan dalam ayat ini:

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ کمِشْکاةٍ فی‌ها مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِی زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ کأَنَّهَا کوْکبٌ دُرِّی یوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَکةٍ زَیتُونَةٍ لَا شَرْقِیةٍ وَلَا غَرْبِیةٍ یکادُ زَیتُهَا یضِیءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَی نُورٍ یهْدِی اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ یشَاءُ وَیضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِکلِّ شَیءٍ عَلِیمٌ

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Qs, An-Nuur 24:35).

Satu-satunya cara kita dapat menghilangkan api pemusnah batin kita adalah dengan mencapai cahaya ilahi dan menyebarkannya ke dalam diri.

Untuk memasuki jalan terang Tuhan, kita mesti menyingkirkan semua pemikiran dan tindakan yang menyalakan api pemusnah dan perlu bergerak meluruhkannya ke arah cahaya Ilahi, jadi kita mesti membersihkan fikiran dan tindakan kita.

Apabila kita suci dan terang, api tidak akan membakar dan memusnahkan. Sama seperti ketika Nabi Ibrahim (as) dilemparkan ke dalam api, api itu menjadi sejuk dan selamat ke atasnya kerana baginda mempunyai kelakuan dan pemikiran yang suci dan telah mencapai tahap kesucian yang tidak disentuh oleh api itu (panas membakar yang memusnahkan telah diluruhkan sehingga hanya tertinggal cahaya terang yang sejuk-menyenangkan).

Nama:
Email:
* komen:
captcha