IQNA

Gaya hidup berkeluarga dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi (SAW) / 2

Perkahwinan adalah asas pembentukan keluarga

10:20 - January 14, 2023
Berita ID: 3102074
TEHRAN (IQNA) - Suatu perkara mustahil, jika manusia tidak mahu berkahwin setelah mereka mencapai usia layak berkahwin, kerana Tuhan Pencipta mereka sejak awal, Adam, segera pun mencipta pasangannya Hawa, kedua mereka diaqad nikah langsung oleh Pencipta mereka, sehingga terbentuklah kehidupan keluarga pertama manusia yang dari keduanya lahir generasi manusia hingga sekarang, oleh kerana pentingnya perkahwinan, Agama Allah, Islam telah menyiapkan konsep amalan berkahwin secara sempurna, yang boleh disemak dan dipelajari oleh semua orang khususnya calon perkahwinan belia.

Laporan IQNA; Pernikahan adalah permulaan untuk merealisasikan gaya hidup Islam dan langkah mengharapkan keluarga yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmat. Oleh itu bagaimana mungkin untuk berkahwin tanpa mempedulikan dan mempelajari standard pernikahan, dan tampa bertindak mengikut gaya dan tingkah laku yang dikehendaki oleh Islam yang telah dibentangkan oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi (SAW)?!:

 

 

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Qs, Ar-Ruum 30:21).

Dalam sejarah kemanusiaan Islam, keluarga dianggap sebagai masyarakat manusia tertua; Kerana sejak awal penciptaan, manusia telah melangkah ke dunia sebagai satu pasangan yang terdiri dari jantina lelaki dan wanita dan dalam bentuk sebagai satu keluarga.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍۢ وَٰحِدَةٍۢ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًۭا كَثِيرًۭا وَنِسَآءًۭ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًۭا

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." (Qs, An-Nisaa' 4:1).

Perkahwinan dan ketetapannya dalam Islam adalah berdasarkan sifat ketuhanan, dalam erti fitrah Ilahi (semula jadi dalam penciptaan Tuhan); kecenderungan lelaki dan wanita terhadap satu sama lain; Oleh itu, berpaling daripada fitrah dan tradisi sosial Islam ini menyebabkan kemerosotan, kerosakan mental individu,  ikatan sosial serta kemunduran dan kejatuhan masyarakat dan bangsa.

"Faedah pernikahan yang paling penting ialah pembentukan keluarga, dan isu selebihnya adalah peringkat menengah dan kedua atau sebagai sokongan kepada isu ini (pembentukan keluarga), seperti beranak pinak atau memuaskan naluri manusia, ini semua sekunder, yang pertama adalah membentuk keluarga."* 

Terdapat pandangan yang berbeza tentang tujuan perkahwinan. Ada yang menganggap tujuannya untuk memuaskan naluri seksual, dan yang lain menganggap tujuan perkahwinan adalah perniagaan dan transaksi antara dua keluarga.

Perkahwinan adalah asas pembentukan keluarga

Ahli sosiologi Jerman Moliere menyatakan: "Tiga faktor membawa orang kepada perkahwinan: keperluan ekonomi, keinginan untuk mempunyai anak, dan cinta".

Dari sudut pandangan mereka yang tidak menganggap keluarga itu suci, yang utama tujuan membentuk keluarga adalah mengambil kesempatan daripada keseronokan seksual; Namun, dari sudut Al-Quran dan hadis-hadis Islam, membentuk keluarga mempunyai pelbagai hikmah dan alasan psikologi, akhlak, sosial dan agama; termasuk ketenteraman jiwa, kelangsungan generasi, pencetus kasih sayang dan belas kasihan serta kemanusiaan, pembinaan sosial dan pengembangan monoteisme.

Dari sudut pandangan Islam, terdapat banyak matlamat untuk membentuk keluarga, yang masing-masing mempunyai kepentingan yang khusus, dan yang paling penting daripada matlamat tersebut adalah untuk mencapai ketenangan, keamanan dan keselamatan. Oleh itu untuk membina keluarga yang berjaya, kita mesti mengambil langkah pertama dengan betul, iaitu memilih pasangan yang berlandaskan kriteria Islam, yang paling utama ialah iman dan akidah yang betul, akhlak yang baik, takwa, dan kesihatan fizikal dan mental.

Orang yang cuba mengkaji tentang pasangan mereka sebelum berkahwin dan mencari pasangan yang serasi secara rohani dengan mereka, boleh dikatakan, mereka telah menyelesaikan beberapa masalah dalam membesarkan anak-anak mereka selepas berkahwin. Jika tidak, mereka akan menyimpan masalah yang mereka boleh selesaikan sebelum ini dengan menangguhkannya sehingga selepas berkahwin, hal ini mencipta dilema dan kesukaran mencapai matlamat utama perkahwinan.

Dari sudut pandangan Islam, dalam isu perkahwinan, pihak-pihak dari kedua calon pernikahan dituntut untuk meneliti dan berfikir bersama-sama agar fondasi yang paling asas keluarga tidak diletakkan secara emosional. Sebaliknya, mereka harus menentukan dan memilih masa depan mereka dengan kebijaksanaan dan rasional perancangan, dan dengan itu mereka mampu memelihara dan menjaga separuh daripada amalan agama mereka.

*Kenyataan Kepimpinan Revolusi Islam Imam Khamenei (hf) tarikh 9/12/1380HS.

**Siri keluarga Islam - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

captcha