IQNA

Tradisi penduduk selatan Iran pada hari raya Aidilfitri + Gambar

TEHRAN (IQNA) - Tradisi paling penting masyarakat Khuzestan pada hari raya Aidilfitri adalah upacara Maayidah - معایده atau raya perjumpaan - silaturahim.

Penduduk Khuzestan, khususnya di kawasan kejiranan Arab, selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri dalam bentuk kumpulan kecil dan besar tempatan dan keluarga pergi mendatangi rumah satu sama lain untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya yang agung ini, sambil mengambil kekacang, manisan yang telah disediakan, mereka mengucapkan zikir dan doa; «عیدکم مبارك یا اهل البیت» "Eidukum Mubarak ya Ahlal-Bayt" - Hari raya penuh berkah wahai ahli rumah, «ایامکم سعیدة» "Iyamukum Saeedah" - Hari-harimu berbahagia dan «الله ایعوده علیکم بخیر و عافیة» "Allah Ayiudah Alaikum bikhair wa Aafiah" - Allah kembali menganugerahi atas kalian kebaikan dan kesihatan; adalah perkara biasa yang sudah jadi tradisi hari raya saudara senegara Republik Islam Iran di daerah Khuzestan.