IQNA

Negara-negara yang mengumumkan hari Selasa Aidulfitri

6:33 - May 03, 2022
Berita ID: 3101041
TEHRAN (IQNA) - Pada hari Ahad 1 Mei bertepatan dengan hari ke 29 Ramadan pusat-pusat peneliti Hilal; Ayatullah Sistani, Pihak ulama marjaiah Syiah di Iraq, Perhimpunan Tertinggi Syiah di Lebanon, Pejabat Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran telah mengumumkan Hilal Syawal masih tidak nampak dan menandakan hari Isnin 2 Mei sebagai hari ke 30 Ramadan dan hari ini, Selasa 3 Mei adalah Hari Raya Aidulfitri dan negara-negara lain; Pakistan, Bangladesh dan India.

Laporan IQNA, memetik Shorouq News; Pusat Astronomi Antarabangsa tweet Pakistan telah mengisytiharkan hari Selasa Aidulfitri.

Kerajaan Pakistan telah mengumumkan cuti rasmi Aidulfitri selama empat hari tahun ini, yang akan bermula pada 2 Mei, hari terakhir bulan suci Ramadan.

Bangladesh juga mengumumkan Isnin sebagai 30 haribulan Ramadan dan hari ini, Selasa 3 Mei sebagai Aidulfitri satu Syawal.

Di India, ibu pejabat mengumumkan bahawa Selasa akan menjadi Aidulfitri kerana ketiadaan anak bulan pada petang Ahad 29 Ramadan, maka Hari Isnin menjadi hari ke 30 Ramadan.

Pejabat Ayatollah Seyyid Ali Sistani, seorang ulama Syiah di Iraq, juga mengumumkan bahawa hari Isnin adalah hari ke-30 bulan suci Ramadan dan Selasa adalah Hari Raya Aidulfitri.

Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Libya, Sudan, Bahrain, Syria, Palestin, Lebanon dan Turki, serta Mahkamah Wakaf Sunni Iraq, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, mengumumkan hari raya Fitri pada hari Isnin.

Afghanistan, Oman, Jordan dan Maghribi mengumumkan Aidulfitri pada hari Ahad.

4054314

captcha