Surah ke-107 dalam Al-Quran disebut «ماعون» "Maauun ". Surah ini diletakkan pada juzuk ke-30 dengan 7 ayat. Surah Al-Maauun merupakan surah Makiah, adalah wahyu ke-17 yang diturunkan kepada baginda Nabi besar Islam (SAW).
«ماعون» ditakrifkan sebagai harta, kekayaan, peralatan yang diperlukan atau "zakat". Perkataan ini muncul dalam ayat terakhir surah ini dan merupakan sebab mengapa surah ini dinamakan Al-Maauun:
وَيَمْنَعُونَ ٱلْمَاعُونَ ٧
"Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)". (Qs, Al-Maa'uun 107:7).
Surah ini adalah ancaman kepada mereka yang telah memperkenalkan diri sebagai orang Islam (muslim) tetapi mempunyai perangai munafik dan dua muka; Seperti tidak solat, berdusta dan menipu dalam melakukan sesuatu, tidak mengeluarkan zakat, berperilaku tidak ada yang serasi sebagai orang yang beriman kepada hari kiamat.
Dalam surah ini, sifat-sifat dan tingkah laku orang-orang yang mendustakan hari kiamat diterangkan dalam lima peringkat;
- Mereka menjauhkan diri dari memberi kerana Allah
- Mereka tidak bersedia menolong anak yatim
- Mereka tidak memperhatikan solat.
- Mereka munafik dalam pekerjaan mereka
- Mereka tidak membantu orang miskin dan lemah.
Surah ini dimulai dengan ayat;
أَ رَءَیْتَ الَّذِى یُکَذِّبُ بِالدِّینِ
"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)"? (Qs, Al-Maa'uun 107:1).
Ia ditujukan kepada baginda Nabi Muhammad (SAW).
Dalam ayat ini, terdapat perbezaan pendapat tentang maksud perkataan «الدِّینِ» “agama”. Ada yang menganggapnya sebagai hari kiamat dan ada pula yang menganggapnya sebagai pahala atau siksa atas perbuatan.
Oleh itu, perbuatan orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat atau ganjaran dan azab ilahi dan melakukan perkara yang salah telah dicela.
Surah ini lebih lanjut menyebut tentang perbuatan salah orang yang mendustakan hari kiamat. Nampaknya mereka yang tidak beriman kepada hari kiamat tidak mempunyai perangai dan akhlak yang sepatutnya kerana melihat kehidupan di dunia ini dan tidak perlu berusaha untuk mencapai kebahagiaan di dunia lain (Alam akhirat), maka mereka melakukan perkara yang tidak bermoral dan tidak beretika.