IQNA

Kaedah pendidikan para nabi / 32 - Nabi Musa (as)

Konfrontasi dalam kisah Nabi Musa (as)

18:40 - October 14, 2023
Berita ID: 3103304
TEHRAN (IQNA) - Beberapa kes, dalam menghadapi orang-orang yang degil yang tidak bersedia untuk tunduk kepada kebenaran, para Nabi (as) menggunakan kaedah "konfrontasi" untuk mematahkan kesombong diri dan jiwa mereka yang tidak aktif dibangkitkan semangatnya.

Salah satu kaedah pendidikan yang digunakan dalam Al-Quran ialah kaedah "konfrontasi" - berhadap-hadapan-berlawan dengan kata lain berperang dan memerangi, yang bermakna memberi pembalasan yang sebanding kepada orang yang melakukan apa yang dia lakukan kepada anda.

Dalam logika Al-Quran, kemuliaan yang dibanggakan bukanlah membuka mulut untuk menghina kelakuan orang yang tidak patut, tetapi logika Al-Quran adalah memberi salam kepada mereka yang berbuat tidak patut, yang bermaksud mengelakkan konflik dan berpaling daripada mereka dengan tidak mempedulikannya.

Tetapi jika kelakuan lawan tidak berhenti berlaku buruk, untuk memberi pengajaran, kaedah  "konfrontasi" digunakan yang bermakna membalas kelakuan buruk dengan kelakuan baik yang sebanding dengan kelakuan buruk lawan dengan tujuan memberhentikan kelakuan buruknya; yang boleh jadi terpaksa hingga ketahap berperang, kerana kedegilan pihak lawan yang sudah melampau batas nila-nilai; kemanusiaan, etika, moral dan Agama.

Dan dalam beberapa kes dalam Al-Quran dan Hadis, apabila syarat-syarat telah cukup untuk mengambil langkah "konfrontasi", memerangi kembali sebagai memberi balasan adalah telah diperintahkan untuk mencegahnya dari kehilangan kelayakan kerana kesombongan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: 

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
"Dan (kaedah umum) sesiapa yang melanggar - menganiaya kamu, maka langgar dan aniayalah dia dengan cara yang sama! Dan bertakwalah kepada Allah (untuk tidak berlebih-lebihan dalam memberi balasan)! Dan ketahuilah bahwa Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (Qs, Al-Baqarah 2:194).

Bermaksud; "Tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa".

Beberapa kes, dalam menghadapi orang-orang yang degil yang tidak bersedia untuk tunduk kepada kebenaran, para Nabi (as) menggunakan kaedah "konfrontasi" untuk mematahkan lonjak sombong dan membangun kembali semangat mereka yang tidak aktif untuk mencapai kebenaran.

Sudah tentu, para Nabi (as) tidak berurusan dengan semua orang dengan cara ini, oleh itu, yang tidak layak boleh dibahagikan kepada dua jenis:

Golongan pertama; orang yang jahil; ucapan dan perbuatan mereka berdasarkan kejahilan. Terhadap golongan ini, anda harus lembut, dan sifat lemah lembut dalam menghadapi golongan ini adalah betul; sebab bukan sahaja tidak buruk tetapi juga membina dan berkesan.

Satu lagi Golongan daripada manusia adalah musuh yang berniat jahat dan memperlakukan orang secara tidak wajar yang sememangnya mereka bertujuan untuk menghabiskan kita dengan serangannya yang jahat dan keji mereka melakukan berdasarkan pemahaman dan perancangannya; Sudah tentu, untuk golongan ini tidak ada jalan lain kecuali menyerangnya kembali dengan penuh kekuatan, dalam hal ini kita terpaksa melawan sekuat kuasa, untuk mencipta keamanan dari bahaya permusuhan mereka.

Hazrat Musa (as) adalah antara Nabi yang menggunakan kaedah "konfrontasi" ini terhadap Firaun:

Hazrat Musa (as) telah ditugaskan untuk memulakan seruan keesaan Tuhan kepada Firaun dan menghalangnya daripada menganiaya orang ramai dan juga untuk selamatkan kaum Bani Israil daripada perhambaan dan kezalimannya;

وَ لَقَدْ آتَیْنا مُوسى تِسْعَ آیاتٍ بَیِّناتٍ فَسْئَلْ بَنِی إِسْرائِیلَ إِذْ جاءَهُمْ فَقالَ لَهُ فِرْعَوْنُ إِنِّی لَأَظُنُّکَ یا مُوسى مَسْحُوراً 
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat yang jelas nyata (membuktikan kebenarannya); maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada Bani Israil (tentang itu): Ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya: "Sesungguhnya aku fikir, engkau ini wahai Musa, seorang yang terkena sihir" (Qs, Al-Israa' 17:101).

Hazrat Musa (as) menjawab penghinaan Firaun dengan corak tingkah laku yang sama;

قالَ لَقَدْ عَلِمْتَ ما أَنْزَلَ هؤُلاءِ إِلّا رَبُّ السَّماواتِ وَ الْأَرْضِ بَصائِرَ وَ إِنِّی لَأَظُنُّکَ یا فِرْعَوْنُ مَثْبُوراً 
 "Nabi Musa menjawab: "Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran; dan sebenarnya aku fikir, engkau hai Firaun, akan binasa". (Qs, Al-Israa' 17:102).

Jawapan Nabi Musa (as) sebenarnya mengandungi perkara ini: Firaun, tahu sangat bahawa ayat-ayat ini jelas. Tidaklah mukjizat ini melainkan dari Tuhan langit dan bumi, kerana itu kamu wahai Firaun mendustakan fakta dengan ilmu dan pengetahuan. Anda tahu betul bahawa ini adalah daripada Tuhan, dan saya juga tahu bahawa anda tahu! sebab yang jelas di mana orang mencari jalan yang betu, untuk mengikutinya. Tetapi kamu mengetahui kebenaran, kamu menafikannya. Saya fikir, wahai Firaun, kamu akan binasa akhirnya - Nabi Allah Musa (as) sedang menggunakan kaedah "konfrontasi" berhadapan dengan Firaun, kerana pendustaan dan kejahatan Firaun yang telah melampaui batas.

*Umat Islam untuk membinasakan kedegilan rejim zionis juga perlu menggunakan kaedah "Konfrontasi"  - Badai Al-Aqsa.

*Rejim zionis aparthed adalah rejim Firaun di zaman ini, dan Pasukan Pertahanan Palestin adalah berperan sebagai barisan para Nabi Allah (as) - Musa, Isa, Ibrahim, Nuh dan Nabi Muhammad SAW.

captcha