IQNA

Semua orang boleh jadi filusuf semula jadi sesederhana mungkin:

Hari Khamis ke3 November sebagai Hari Falsafah sedunia / mari menyemak apa kata filusuf!

13:06 - November 16, 2023
Berita ID: 3103467
HARI FALSAFAH SEDUNIA (IQNA) - Hari memperingati Falsafah Dunia, boleh dijadikan batu lonjakkan memahami bahawa Islamlah peletak fondasi keutamaan akal atau logik berhikmah yang menjadi sumber utama pembinaan pemikiran filsafah yang kukuh menghargai kehormatan kemanusiaan - atau bersesuaian dengan isu "karamatul insan" «کرامة الانسان».

Laporan IQNA; Hari memperingati Falsafah Dunia diperkenalkan oleh UNESCO pada hari Khamis ketiga bulan November setiap tahun. Peringatan pertama Hari Falsafah Sedunia telah diadakan pada 21 November 2002. 

Ramai ahli sejarah falsafah Barat, di bawah pengaruh Hegel, menganggap sejarah falsafah eksklusif kepada sejarah falsafah Barat dan menganggap falsafah lain, termasuk falsafah Islam, sebagai cabang dan margin falsafah Barat. 

Beberapa orientalis abad ke-19 telah mengatakan bahawa pada dasarnya bangsa Arab tidak mempunyai kebolehan untuk berfalsafah dan oleh itu kita tidak mempunyai falsafah Arab atau Islam. 

Salah satu bidang penyelidikan semasa dalam bidang falsafah adalah untuk menyiasat kepentingan substantif atau kesan praktikal falsafah Islam dalam dunia falsafah. Antara contoh kajian ini, kita boleh menyebut usaha berterusan Henry Corbin dalam menganalisis dan menjelaskan falsafah Islam. 

Penyelidikannya berterusan sehingga dia nampaknya menemui jawapan kepada beberapa soalannya yang tidak terjawab di Barat dan rupanya terjawab di Timur.

Sehubungan itu, agensi berita IQNA bertemu dengan Mohammad Firoz Ramli, ketua lembaga pengarah institut "TRADISI" Malaysia yang sedang duduk dalam dialog, yang anda akan baca di bawah:

Hari Khamis ke3 November sebagai Hari Falsafah sedunia / mari menyimak apa kata filosof

Bagaimanakah anda menilai kesan pengaruh falsafah Islam kontemporari daripada Al-Quran, Sunnah, Fekah dan Akidah Islam?

Pada dasarnya falsafah adalah ilmu yang berteraskan logik dan jika falsafah itu digabungkan dengan kata "Islam" padanya bukan bereti falsafah itu bersumber daripada Alquran dan Sunnah. Falsafah itu menjadi falsafah Islam bukanlah kerana seorang filusuf menyatakan “A adalah B” kerana berdasarkan Alquran atau hadis mengatakan “A adalah B”. Ia dinamakan sebagai falsafah Islam adalah kerana ilmu falsafah itu tumbuh subur dari kebudayaan dan ketamadunan Islam, ia menerima kesan dan memberi kesan dalam ajaran Islam sebagaimana falsafah itu disebut sebagai falsafah Yunan, atau falsafah Timur kerana ia tumbuh dan mekar dari lingkungan budaya dan tamadun suatu masyarakat. Antara ajaran Islam dan falsafah ia memiliki persamaan dalam suatu isu perbincangan iaitu berkaitan metafizik iaitu dalam ajaran Islam Tuhan itu adalah hakikat yang tak dapat dicapai oleh pancaindera maka ia termasuk perkara metafizik yang hanya dapat difahami secara rasional. Daripada sini perbincangan dalam falsafah Islam menjurus kepada perbahasan akidah dalam Islam dan membentuk indentiti falsafah sebagai falsafah Islam.

Perbahasan akhlak merupakan bahagian penting dalam perbincangan falsafah Islam, sejauh manakah ideologi ini boleh digunakan untuk menghadapi cabaran masyarakat hari ini, antaranya isu etika kesan daripada teknologi dan permodenan?

Hari ini kita berhadapan dengan kemajuan teknologi yang bergerak laju, ia suatu revolusi bagi sebuah ketamandunan dan kebudayaan. Asas suatu kebudayaan dan ketamadunan itu terdiri daripada tiga sistem utama dan salah satunya ialah sistem nilai iaitu akhlak manakala teknologi pula adalah simbol dan manifestasi bagi sebuah ukuran ketamadunan maka antara teknologi dan akhlak memiliki hubungan dan ikatan, ibarat akar dan buah iaitu akhlak adalah akar dan teknologi adalah buahnya. Tetapi kita hari ini berhadapan dengan pertembungan kemajuan teknologi dan nilai-nilai akhlak Islami seperti kemajuan bioteknologi yang mampu memanjangkan usia manusia yang akan menyebabkan bilangan manusia melebihi dari jumlah sumber keperluan hidup manusia. Jika keperluan sumber kehidupan ini terhad adakah manusia perlu mengorbankan nilai-nilai akhlak seperti mementingkan diri sendiri, mengutamakan yang lebih muda daripada yang berusia. Sebagaimana yang kita sebutkan sebelum ini akhlak adalah salah satu daripada sistem yang membentuk sebuah ketamadunan bagi sebuah masyarakat, manakala sistem nilai dan akhlak ini di samping sistem tindakan keduanya terbentuk daripada sistem kepercayaan. Sistem kepercayaan membentuk sistem tindakan dan sistem tingkah laku (nilai), ketiga sistem ini yang akan menentukan hala tuju kemajuan teknologi sebagai contoh sistem kepercayaan Islam meletakkan matlamat hidup manusia adalah mencapai kesempurnaan manusiawi, dan kesempurnaan tersebut adalah berbentuk metafizik, maka kemajuan dalam bentuk kebendaan adalah sebagai sampingan untuk mencapai kesempurnaan maknawi, dalam erti kata yang lain masyarakat madani Islami lebih mementingkan nilai moral dan akhlak dari kesenangan diri.

Jelaskan peranan dan kedudukan pemikiran dan falsafah Islam dalam pembentukan tamadun Islam?

Tamadun adalah terjemahan bagi kata civilization dalam bahasa inggeris, ia membawa pelbagai tafsiran tetapi secara amnya ia memberi maksud suatu bentuk atau ciri khas kehidupan yang bernama manusia daripada kehidupan yang lain. Dalam sanubari ketamandunan terdapat matlamat dan cita-cita manusia dalam memenuhi keperluan jasmani iaitu keperluan asasi dan keperluan rohani. Sebagaimana dalam jawapan bagi soalan kedua, sebuah ketamadunan di dalam terdiri tiga sistem iaitu sistem pemikiran dan ideologi, sistem tindakan dan sistem nilai dan sistem ideologi membentuk kedua sistem yang lain, dan semua ini akan mencerminkan hala tuju bagi sebuah ketamadunan. Falsafah memain peranan penting dalam membentuk ideologi dan pemikiran, kerana logik menjadi dasar bagi falsafah membina keyakinan, dan keyakinan membentuk kepercayaan dan ideologi. Selain itu falsafah membina dasar-dasar bagi semua ilmu termasuk ilmu sains, contohnya perbahasan adakah manusia itu memiliki roh dan roh itu kewujudan metafizik? Jika keyakinan berpijak roh manusia adalah metafizik maka ini akan memberi kesan kepada ilmu psikologi, sains sosial dan ilmu-ilmu ini adalah manifestasi bagi sebuah ketamadunan iaitu satu bentuk keperluan spritual manusia.

Walaupun falsafah Islam luas dan pelbagai, namun ia menjadi eksklusif bagi sebahgaian ahlinya. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memudahkan falsafah Islam dengan cara yang boleh difahami oleh generasi baru dan bukan ahlinya?

Antara sebab falsafah menjadi pendidikan yang eksklusif adalah kerana terma-terma yang digunakan sukar difahami dan isu yang dibincangkan terlalu mendasar dan teliti sehingga sukar untuk disampaikan kepada umum melainkan dikalangan ahlinya sahaja. Antara cadangan yang boleh diberikan untuk menjadikan falsafah ini sebagai ilmu yang inklusif, adalah membina kamus khas untuk menghuraikan terma-terma yang digunakan, mengaplikasikan sistem dan kaedah falsafah dalam masalah dan isu yang berbangkit dalam masyarakat.

Bagaimanakah anda menilai kedudukan falsafah Islam dalam pendidikan akademik negara Islam dan Arab?

Masih boleh dikatakan ilmu falsafah ini menjadi asing dalam dunia pendidikan negara Islam melainkan di Republik Islam Iran kerana antara faktornya ialah falsafah dianggap sesat oleh sebahagian ulama, kedua kecelaruan antara ilmu kalam dan falsafah sehingga ilmu kalam dianggap sebagai ilmu falsafah dan ketiga ilmu falsafah dianggap mati setelah eranya Ibn Rushd.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan penerbitan kajian-kajian baru dalam bidang analisis pendapat ahli falsafah Islam di Barat, adakah penyelidikan jenis ini sedang dijalankan di universiti-universiti negara Islam?

Ya, contohnya di malaysia perbincangan falsafah Islam mendapat perhatian khusus apabila muncul tokoh seperti professor Tan Sri Dr. Syed Muhammad al-Naquib al-Attas dan penubuhan ISTAC pada tahun 1991. Rentetan daripada perbincangan pemikiran-pemikiran falsafah daripada dunia Islam mahu pun Barat di kedai makan seperti ‘Lepak Maqasid’, penubuhan Persatuan Pedidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia di ikuti kajian dalam pemikiran falsafah tasawwuf oleh "TRADISI" menjadikan perbincangan falsafah Islam di Malaysia mendapat perhatian oleh universiti tempatan.

Apakah asas pemikiran dan metodologi dalam falsafah Islam kontemporari?

Apa yang saya ketahui, falsafah Islam kontemporari epistemologinya berbentuk ‘Foundationalism’ dan ia berasaskan pada ilmu hudhuri.

captcha