IQNA

Ia dinyatakan dalam upacara Solat Jenazah para syuhada khidmat Negara di Tehran;

Ismail Haniyeh: Syuhada Raisi menganggap Badai al-Aqsa sebagai sebab perubahan global + klip

15:13 - May 22, 2024
Berita ID: 3104457
IQNA - Ketua pejabat politik Hamas, yang menghadiri upacara solat jenazah syuhada di Tehran, berkata: Dari perspektif mendiang presiden Iran, Syahid Ayatullah Raisi, Badai al-Aqsa adalah gempa yang menyasarkan jantung rejim Zionis dan mencipta perubahan di peringkat global.

Laporan IQNA; Upacara memperingati dan Tasyyik «تشییع» / penghantaran pengebumian jenazah syuhada Ayatullah Syed Ibrahim Raisi, Presiden dan delegasi pengiringnya, bermula di Universiti Tehran.

Ismail Haniyeh «اسماعیل هنیه», ketua biro politik Hamas dan Syaikh Naim Qasim « شیخ نعیم قاسم», timbalan setiausaha agung Hizbullah, hadir pada upacara penghantaran pengebumian para syuhada.

Ismail Haniyeh dalam ucapannya pada upacara Tasyyik presiden dan delegasi yang mengiring, ketua pejabat politik Hamas berkata: "Saudara-saudara yang dikasihi, hari ini, atas nama bangsa Palestin, atas nama penentangan, dan atas nama Gaza, saya menyampaikan ucapan takziah kepada pimpinan, kerajaan dan negara Republik Islam. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga para syuhada ini atas kesyahidan Dr. Ibrahim Raisi dan saudara saya Dr. Amir Abdullahian dan mereka yang bersama mereka dalam perjalanan ini, dan saya memohon kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk mengampuni para syuhada yang mulia dan menempatkan mereka dalam syurga". 

Ismail Haniyeh berkata: Hujatul Islam Raisi sentiasa menjadi penyokong penentangan dan perjuangan Palestin, dan kami yakin bahawa dasar dan strategi Republik Islam Iran ini akan diteruskan.

Beliau menambah: Pada bulan Ramadhan yang mulia, kami mengadakan pertemuan dengan Tuan Presiden semasa lawatan ke Tehran. Dalam ucapannya, kami mendengar pendirian tetap Iran terhadap rakyat Palestin. Beliau menekankan tiga paksi dalam mesyuarat ini. Pertama, isu Palestin adalah isu pertama Umat Islam, dan Umat Islam mesti menunaikan tanggungjawabnya untuk mewujudkan asas pembebasan bangsa Palestin.

Haniyeh menyambung: "Perkara kedua yang beliau katakan ialah isu Palestin bukan sahaja isu politik, malah ia berada di dalam hati umat Islam".  

Beliau menyambung: "Isu ketiga ialah Badai al-Aqsa, yang sedang dilakukan oleh negara Palestin, dan ia berterusan dari hadapan Gaza dengan bermaruah ke semua barisan penentangan di tempat lain. Hujjatul-Islam Raisi menganggap Badai al-Aqsa sebagai gempa yang menyasarkan jantung rejim Zionis dan mencipta perubahan sejarah baru di dunia".

4217658

captcha