Mishari Al-Afasi, qari terkenal dan imam Masjid Agung Kuwait yang telah mengeksploitasi popularitinya di dunia Islam dan ruang maya serta menjadi alat dalam tangan rejim yang memerintah di beberapa negara Arab, sebelum ini pernah meminta Donald Trump membuka pintu neraka ke atas Iran.
Sehubungan dengan itu, IQNA telah melakukan wawancara dengan Profesor Rafa' Al-Amiri, qari dan hakim antarabangsa Iraq serta pengarah Pusat Kebangsaan Sains Al-Quran di bawah Jabatan Wakaf Syiah Iraq. Berikut adalah laporan penuh wawancara tersebut: Soalan IQNA: Sejauh manakah pendirian terkini Mishari Al-Afasi selari dengan hadis terkenal yang menyebut "Berapa ramai qari Al-Quran yang dilaknat oleh Al-Quran sendiri"? Jawapan: Hadis ini benar-benar berlaku ke atas mana-mana Muslim yang menyokong seorang raja kafir dan melancarkan serangan ke atas sebuah negara Muslim. Al-Quran melarang kita daripada ini dan berfirman: یأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا لا تَتَّخِذُوا اليَهودَ وَالنَّصٰرىٰ أَولِياءَ بَعضُهُم أَولِياءُ بَعضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِنكُم فَإِنَّهُ مِنهُم إِنَّ اللَّهَ لا يَهدِى القَومَ الظّٰلِمينَ "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin dan sahabat karib; mereka adalah pemimpin dan sahabat karib sesama sendiri. Dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin dan sahabat karib, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Qs, Al-Maidah:51). Pemikiran dan kepercayaan negatif qari Kuwait ini tidak banyak memberi kesan ke atas pendapat umum dunia Islam, atau kesannya terhad kepada individu yang sealiran dengannya dalam ekstremisme dan cara pemikiran. Soalan IQNA: Apakah tanggungjawab para aktivis Al-Quran, qari, penghafaz dan pelagum di dunia Islam terhadap penyelewengan ini? Jawapan: Adalah menjadi kewajipan ke atas semua untuk menyatakan bantahan dan mengutuk apa yang diumumkan oleh qari Kuwait ini dalam video-videonya. Soalan IQNA: Mengapa seseorang seperti Mishari Al-Afasi yang terkenal dengan suaranya yang merdu mengambil pendirian sedemikian? Jawapan: Ini berpunca daripada kepercayaan ekstremisnya yang lahir dari dalam dirinya, disebabkan oleh persekitaran dan suasana di mana dia dibesarkan dan hidup. Soalan IQNA: Apakah reaksi orang ramai dan aktivis Al-Quran di Iraq terhadap pendapat qari Kuwait ini? Jawapan: Pastinya majoriti qari dan aktivis Al-Quran tidak bersetuju dengan pendirian ini; kerana mereka sedia maklum tentang latar belakang qari dan pelagum agama ini serta jenis kepercayaannya.
4348723