Laporan IQNA; Bab dua puluh dua adalah salah satu daripada seratus bab dalam kitab Misbah al-Syariah «کتاب مصباح الشریعه» mengenai ibadat haji dan mengunjungi Rumah Allah. Imam Sadiq (as) telah menyatakan ritual makrifat dan kerohanian haji dalam bab ini, memandangkan hari ini jemaah haji selesai melakukan aktiviti mereka di bumi Mina dan dalam perjalanan ke Mekah yang diberkati, kami menerbitkan semula sebahagian daripada bab ini mengenai rahsia kepulangan jemaah haji ke Mekah.
Dalam bahagian ini hadis Imam Sadiq (as):
وَ ادْخُلْ فِی أَمَانِ اللَّهِ تَعَالَى وَ کَنَفِهِ وَ سَتْرِهِ وَ حِفْظِهِ وَ کِلَائِهِ مِنْ مُتَابَعَهِ مُرَادِکَ بِدُخُولِ الْحَرَمِ
"Dan masuklah ke dalam keselamatan Allah Yang Maha Tinggi dan naunganNya, penutupanNya, penjagaanNya dan perlindunganNya dari pengikutNya yang hendak memasuki di dalam tanah suci - Haram" - yang bermaksud;
Sekarang anda ingin kembali ke Mekah selepas melakukan amalan Mina dan berniat memasuki kembali tanah kudus ilahi dan rumah Tuhan, ini adalah tanah Tuhan yang selamat; Oleh itu, saya mesti memasukkan diri saya ke dalam keselamatan ilahi. Saya ingin melibatkan diri saya dalam perlindungan, dan pemeliharaan Tuhan.
Apabila kamu melangkah kembali bertawaf dan menziarahi ke rumah Allah, berniatlah begini.
"Ya Allah ya Allah, aku tidak akan mengelilingi pintu dan dinding ini sahaja; Saya sedang mencari pemilik rumah ini, untuk menyembah pemiliknya dan mengenal kemuliaan dan kedaulatannya; Saya ingin mengetahui keagungan dan kerajaan Tuhan;
Apabila engkau mampu menyentuh batu hitam, ucapkanlah: "Ya Allah, aku redha dengan apa yang Engkau kurniakan kepadaku dalam takdir dan kekuasaanMu atau dengan apa yang telah Engkau bagikan kepadaku dari rezekiMu".
وَ اسْتَلِمِ الْحَجَرَ رِضًى بِقِسْمَتِهِ وَ خُضُوعاً لِعَظَمَتِهِ
"Dan aku menyentuh Al-Hajr ini, Tuhan, aku rendah hati di hadapan kebesaran-Mu".
وَ دَعْ مَا سِوَاهُ بِطَوَافِ الْوَدَاعِ
"Dan hendaklah ia dibuat seperti tawaf perpisahan"; Tawaf perpisahan adalah tawaf terakhir yang dianjurkan untuk para jemaah haji.
Semasa Tawaf ini, anda perlu mengucapkan selamat tinggal kepada selain Allah. Hendaklah niatmu mengucapkan selamat tinggal, Ya Allah, aku akan melakukan Tawaf ini bersamaMu;
Yang bermaksud; Saya mengucapkan selamat tinggal kepada selain-Mu dan hanya Engkaulah yang akan menjadi tumpuan perhatianku.
وَ صَفِّ رُوحَکَ وَ سِرَّکَ لِلِقَاءِ اللَّهِ تَعَالَى یَوْمَ تَلْقَاهُ بِوُقُوفِکَ عَلَى الصَّفَا
"Haturkan jiwamu dan berpalinglah hanya menghadap Allah Yang Maha Tinggi, pada hari pertemuan dengan berdiri dalam barisan yang menghadap kepadaNya sahaja";
وَ کُنْ ذَا مُرُوَّهٍ مِنَ اللَّهِ بِفِنَاءِ أَوْصَافِکَ عِنْدَ الْمَرْوَهِ
Apabila anda melangkah dari Baitullah dan ingin pergi ke Sa'i di Safa dan Marwah, anda menjejakkan kaki anda di Bukit Safa, katakanlah: "Ya Allah, aku datang ke Bukit Safa untuk menemui-Mu dengan kepala, jiwa dan batinku yang tunduk menyediakan diri saya yang fana ini untuk perkara yang begitu besar, membuang perangai buruk dan mencantikkan diri dengan sifat muruwah - kedermawanan".
وَ اسْتَقِمْ عَلَى شُرُوطِ حَجِّکَ وَ وَفَاءِ عَهْدِکَ الَّذِی عَاهَدْتَ بِهِ مَعَ رَبِّکَ وَ أَوْجَبْتَهُ إِلَی یَوْمَ الْقِیَامَهِ
"Dan jadilah orang yang dikurniakan oleh Allah dengan rahmat untuk para penziarahNya; Dan tempuhlah syarat-syarat haji dan penuhilah perjanjian yang telah kamu ikatkan dengan Tuhanmu dan wajibkanlah dirimu untuk setia bersama Tuhanmu hingga hari kiamat";
Setelah selesai mengerjakan Sa'i perpisahan itu, ucapkanlah: "Ya Tuhanku, aku mengerjakan haji yang demikian dengan adat dan syarat-syarat yang disebutkan.
Apabila jemaah haji hendak pergi ke tanah air kembali, ucapkanlah: "Ya Allah, aku akan tetap di jalan-Mu ini dengan tabah dan setia kepada perjanjian dan kesetiaan yang aku [buat] denganMu hingga hari kiamat".
وَ اعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ یَفْتَرِضِ الْحَجَّ وَ لَمْ یَخُصَّهُ مِنْ جَمِیعِ الطَّاعَاتِ إلّا بِالْإِضَافَهِ إِلَى نَفْسِهِ
"Dan ketahuilah bahawa Allah tidak mewajibkan haji dan tidak mengecualikannya daripada segala amal ketaatan melainkan dengan ibadah haji ini hanya dinisbatkan kepada diri-Nya sendiri";
Yang bermaksud; "Wahai orang yang pergi haji - ziarah ke rumah Allah, ketahuilah bahawa di antara semua kewajipan dan ibadat yang difardhukan Allah ke atas orang Islam, kewajipan haji hanya dinisbahkan kepada diriNya (Allah) sendiri; dan Dia berkata di dalam Al-Quran:
وَ لِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَیْتِ مَنِ اسْتَطاعَ إِلَیْهِ سَبِیلًا
"Dan Allah mewajibkan haji ke Baitullah ke atas orang yang mampu menempuhi perjalanan menujuNya."
Perkataan (Lillah - لِلَّهِ) dalam ayat ini bermaksud bahawa haji ini wajib ditunaikan kerana Allah, yang bermaksud bahawa Allah menisbatkan Haji ke Baitullah kepada diriNya sendiri.
Jadi kita kena cari (Dia) Allah dalam haji, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, haji kita hendaklah haji yang penuh makrifat ketuhanan.
Semoga daripada penjelasan rahsia yang dikatakan oleh Imam Sadiq (as) ini, kita akan dapat mengerjakan haji yang lengkap dan benar dengan kesan ilmu dan pengenalan lengkap terhadap Tuhan; "Ya Tuhan, jadikan kami berjaya dalam haji menjalankan adat dan memperolehi rahsianya".
4222060