IQNA

Analisis: Kenyataan sejarah Islam yang tidak patut diingakari;

Pertabalan Keimamahan Imam Ali bin Abi Thalib (as) di Ghadir Khum

17:04 - June 25, 2024
Berita ID: 3104656
IQNA - Peristiwa Ghadir Khum adalah salah satu peristiwa terpenting dalam sejarah Islam, di mana Nabi Islam (SAW) mengumumkan Imam Ali (as) sebagai Pemimpin umat Islam penggantinya semasa pulang dari haji perpisahan pada 18 Dzulhijjah tahun kesepuluh di sebuah tempat bernama Ghadir Khum - wadi antara Mekah dan Madinah.

Peristiwa Ghadir Khum adalah salah satu peristiwa terpenting dalam sejarah Islam, di mana Nabi Islam (SAW) mengumumkan Imam Ali (as) sebagai Pemimpin umat Islam penggantinya semasa pulang dari haji perpisahan «حجةالوداع» pada 18 Dzulhijjah tahun kesepuluh di sebuah tempat bernama Ghadir Khum. Para Sahabat juga berada di antara mereka, di sana mereka membaiat Imam Ali (as). Menurut ayat Tabligh;

 يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۖ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
"Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir". (Qs, Al-Maaidah 5:67).

Nabi (SAW) ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan kepada manusia apa yang diperintahkan Allah, dan jika baginda tidak melakukannya, baginda tidak menunaikan misi risalah selama 23 tahunnya, yang bermaksud misi kenabian tampa Imamah tidak sempurna, kerana penjaga kelanjutan kemurnian ajaran kenabian diperlukan kepimpinan yang suci dari kesilapan dan kelupaan, dan sifat ini hanya dimiliki oleh para Imam suci Ahlulbait Kenabian yang terpilih oleh Allah SWT sendiri.

Pertambalan Keimamahan Imam Ali bin Abi Thalib (as) di Ghadir Khum

Selepas peristiwa Pertambalan Imam Ali bin Abi Thalib (as) sebagai Khalifah Rasulillah (SAW) oleh baginda Rasulullah di Ghadir Khum, ayat Kesempurnaan misi risalah selama 23 tahun baginda Rasulillah (SAW) diturunkan dan hari ini diperkenalkan sebagai hari penyempurnaan agama dan penyempurnaan keberkatan nikmat Allah dan keredhaan Allah atas Agama Islam yang disampaikan oleh Baginda RasuNya;

 ۗ ٱلْيَوْمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَٱخْشَوْنِ ۚ ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًۭا ۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍۢ لِّإِثْمٍۢ ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣
"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya dan pertambalan Kepimpinan lanjutan). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Qs, Al-Maaidah 5:3). 

Nabi (SAW) dan Ahlulbait suci Nabi (as) memanggil hari ini sebagai Eid «عید» Hari Raya Wilayat-Kepemimpinan, dan umat Islam, terutama Syiah Ahlulbait suci Nabi (as), menyambut hari ini sebagai Eid Ghadir - yang diisi dengan saling memberi tabrik, silaturahim, memberi hadiah, ibadah, kesyukuran, memberi makan dan amalan-amalan sunnah solat dan zikir dan mengadakan majlis perayaan mengingati peristiwa agung ini dengan saling memberi ucapan kesyukuran:

 الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِی جَعَلَنَا مِنَ الْمُتَمَسِّکِینَ بِوِلاَیَهِ أَمِیرِ الْمُؤْمِنِینَ وَ الْأَئِمَّهِ عَلَیْهِمُ السَّلاَمُ
"Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dari para pemegang kepemimpinan Pemimpin orang-orang beriman dan Para Imam suci Ahlulbait (as)".

Perlu diingatkan bahawa peristiwa Ghadir telah disebut dalam semua kitab Syiah dan dalam kitab Sunni yang terkenal. Banyak karya telah ditulis tentang hari ini oleh ulama, penulis dan penyair, salah satu yang paling penting dan terkenal adalah kitab Al-Ghadir Abdul Husain Amini « کتاب الغدیر عبدالحسین امینی ».

Pertambalan Keimamahan Imam Ali bin Abi Thalib (as) di Ghadir Khum

*Siri Sejarah Benar Islam - kajian Sekhah Ali al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

 

tanda nama: Perayaan Ghadir
captcha