IQNA

Asas Al-Quran kebangkitan Imam Husain (as)

Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran

15:08 - July 13, 2024
Berita ID: 3104747
IQNA - Menurut beberapa hadis, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar adalah sebagai amal yang sangat luas bagai lautan, di hadapannya amal kebajikan yang lain tidak lebih dari setitis.

Salah satu asas Imam Husain (as) untuk Kebangkitan menentang Yazid, yang disebut dalam suratnya yang terkenal kepada saudaranya Muhammad Hanafiyah, ialah "Memerintahkan yang makruf dan mencegah yang mungkar". Menurut beberapa hadis, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar adalah seperti lautan, yang di hadapannya amal kebajikan yang lain tidak lebih dari setitis.

Al-Quran telah berulang kali menyebut amar ma'ruf «یَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ» dan melarang kemungkaran « یَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْکَرِ» sebagai kewajipan semua orang mukmin, dan ia telah menganggapnya sebagai salah satu kewajipan ahli masyarakat beriman, bersama-sama menunaikan solat dan membayar zakat. Sebagai contoh, Al-Quran berkata dalam Surah Taubah: 

وَ الْمُؤْمِنُونَ وَ الْمُؤْمِناتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِیاءُ بَعْضٍ یَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَ یَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْکَرِ وَ یُقِیمُونَ الصَّلاهَ وَ یُؤْتُونَ الزَّکاهَ وَ یُطِیعُونَ اللَّهَ وَ رَسُولَهُ أُولئِکَ سَیَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِیزٌ حَکِیم
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Qs, At-Taubah 9:71).

Menurut ayat yang mulia ini, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah kerana wujudnya hubungan silaturahim dan kerjasama antara orang yang beriman dalam masyarakat. 

Orang yang beriman adalah "penjaga - pimpinan" «ولیّ» masing-masing dan ini bermakna mereka harus saling membantu dalam pelbagai perkara. Hendaklah mereka saling berpesan untuk melakukan kebaikan dan mencegah antara satu sama lain daripada melakukan perkara yang mungkar. 

Oleh sebab itu, orang-orang mukmin bersimpati antara satu sama lain dan tidak gusar sedikit pun dengan menyuruh atau melarang saudara seagama.

Namun, apabila pemerintah masyarakat itu seorang yang fasik dan zalim seperti Yazid bin Muawiyah, dia menghalang pembentukan masyarakat yang beriman dan terjalinnya silaturahim dan persaudaraan sesama mukmin. Dia cuba untuk mengawal masyarakat dengan memecahbelahkan kumpulan dan puak masyarakat yang berbeza dan menganiaya orang-orang yang beriman seperti Imam Husain (as). 

Di sinilah orang seperti Husin bin Ali (as) menganggap tugasnya untuk bangkit menentang pemerintah yang korup seperti Yazid dan dengan memecatnya dari kekuasaan, menyediakan jalan untuk merealisasikan masyarakat yang beriman dan bersahabat serta persaudaraan sesama orang beriman. Dari sudut pandangan ini, perintah yang paling besar untuk kebaikan dan melarang kemungkaran ialah bangkit menentang pemerintah yang zalim.

captcha