Qasim bin Hasan «قاسم بن حسن» (syahid pada 61 Hijriah) adalah salah seorang putera Imam Hasan (as) yang syahid dalam peristiwa Karbala. Pada malam Asyura, sebagai jawapan kepada Imam Husain (as) yang bertanyakan pendapatnya tentang kematian syahid, dia berkata bahawa "kesyahidan itu lebih manis daripada madu" «احلی من العسل». Qasim bin Hasan syahid pada hari Asyura oleh Umar bin Saad bin Nafil Azdi «عمرو بن سعد بن نفیل ازدی».
3489107