
Menurut IQNA, mengutip berita - Egypt Mix, aplikasi Al-Quran "Mus'haf Madrasati", versi 2022 itu telah dilancarkan untuk memberi peluang kepada pelajar yang ingin menghafal dan berkenalan dengan konsep Al-Quran melalui komputer dan tablet.
Aplikasi ini mempunyai ciri-ciri yang menarik perhatian pelajar oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Al-Quran tidak terhad di sekolah sahaja, namun pelajar Arab Saudi dapat mempelajari Al-Quran melalui aplikasi ini.
Salah satu ciri praktikal dari aplikasi Al-Quran tersebut adalah menawarkan semua surah Al-Quran yang diajarkan dalam kurikulum qiraat dan hafazan Al-Quran buat pelajar. Pelajar juga dapat menghafal Al-Quran dan mengulang kaji bersama suara Qari semasa menjalankan aplikasi.
Aplikasi ini juga mempunyai ciri-ciri mendengar ayat dan kemampuan untuk mengulang lebih dari sekali dan pelajar dapat menentukan jumlah pengulangan ini sehingga membolehkannya menghafal ayat-ayat tersebut secara lengkap ataupun membacanya.
Aplikasi ini merangkumi beberapa bacaan dengan suara para Qari Al-Quran yang terkenal.
Semasa menggunakan aplikasi ini, pelajar dapat merakam, menyimpan dan berkongsi bacaan.
Aplikasi ini juga merangkumi tafsiran ayat-ayat Al-Quran dan keajaiban bahasa dan ilmiahnya. Melalui aplikasi ini, pelajar dapat menyemak kerja rumah pelajaran Al-Quran yang diberikan oleh guru dan kemudian menyemaknya dengan cara yang mudah.
Aplikasi ini dapat dijalankan di semua peranti pintar dengan sistem operasi Android dan juga peranti iPhone.