IQNA

Lebih 13,500 Mowkib Perkhidmatan dan Berkabung Didaftarkan Arbain Hussein

8:23 - July 25, 2026
Berita ID: 3108144
IQNA - Bahagian Perarakan (Mowkib) dan Jawatankuasa Husseini yang bergabung dengan Haram Suci Imam Hussein (a.s) melaporkan bahawa lebih daripada 13,500 perarakan (mowkib) dari pelbagai wilayah di Iraq serta beberapa negara Arab, Islam dan asing telah didaftarkan untuk menyertai upacara Arbain tahun ini.

Laporan IQNA, memetik dari laman web Haram Suci Hussein; Lebih daripada 13,500 perarakan (mowkib) dari dalam dan luar Iraq telah didaftarkan oleh Haram Suci Imam Hussein (a.s) untuk menyertai upacara Arbain tahun ini.

Mohammad Karim Aziz, Ketua Bahagian Mowkib dan Jawatankuasa Hussein yang bergabung dengan Haram Suci Hussein, berkata: "Setakat ini, lebih daripada 13,500 mowkib dari pelbagai wilayah Iraq dan beberapa negara Arab, Islam dan asing telah didaftarkan untuk memberikan perkhidmatan dan mengadakan upacara berkabung semasa musim ziarah Arbain tahun ini."

Beliau menambah: "Memandangkan terdapat mowkib yang masih belum didaftarkan, adalah dijangkakan jumlah ini akan melebihi 16,000 mowkib."

Mohammad Karim Aziz menjelaskan: "Bahagian Jawatankuasa dan Mowkib Hussein telah mengumumkan jadual pergerakan dan ketibaan kumpulan berkabung berdasarkan mekanisme tertentu yang dirangka oleh jawatankuasa pusat yang terdiri daripada Haram Suci Hussein dan Abbas serta agensi kerajaan yang berkaitan."

Mohammad Karim Aziz menyatakan: "Program ketibaan kumpulan berkabung diselaraskan mengikut wilayah dan negara yang berbeza bagi memastikan pergerakan para jemaah dan mowkib di kawasan suci Imam Hussein (a.s) dan kawasan antara dua haram 《بین الحرمین 》berjalan dengan teratur dan lancar."

Beliau menekankan bahawa Haram Imam Hussein (a.s) telah meminta para pegawai semua mowkib dan jawatankuasa untuk mematuhi garis panduan yang dikeluarkan, termasuk spesifikasi kenderaan, saiz dan kapasiti pembesar suara, laluan masuk, memastikan ketibaan kumpulan melalui pintu-pintu yang ditetapkan dan mencapai tahap organisasi dan ketepatan yang tertinggi.

Ketua Bahagian Mowkib dan Jawatankuasa Hussein yang bergabung dengan Haram Suci Hussein menegaskan: "Tujuan pelaksanaan peraturan ini adalah untuk mempersembahkan gambaran yang benar dan layak tentang upacara berkabung Hussein kepada dunia dan mempamerkan tahap tinggi ketertiban, koordinasi dan pematuhan kepada peraturan dalam penganjuran upacara Arbain."

Dalam rangka usaha organisasi ini, Haram Suci Imam Hussein (a.s) terus berusaha untuk mewujudkan keadaan terbaik bagi menyambut kumpulan berkabung dan perkhidmatan, menjamin kelancaran pergerakan, memelihara kesucian upacara dan mencerminkan imej bertamadun ziarah Arbain kepada dunia.

4365814

captcha