IQNA

Festival terbesar Halal Eropah akan diadakan di Britain

8:33 - September 04, 2021
Berita ID: 3100069
TEHRAN(IQNA)- Festival terbesar makanan halal di Eropah akan diadakan dia ibu negara Britain akhir bulan ini. Festival ini akan menyajikan puluhan gaya kuliner dari negara-negara Islam bersama dengan program hiburan untu para pengunjung.

Menurut IQNA; dinukil dari British Muslim Magazine, Festival terbesar makanan halal di Eropah bakal kembali ke London pada akhir bulan ini dengan mempamerkan ribuan makanan halal dari Britai dan negara-negara Islam.
Menurut Majalah Muslim Britain, Festival Makanan Halal London (LHFF) yang 6 tahun sudah berlalu sejak acara pertamanya, bakal bekerjasama dengan Syarikat Taqriq Halal di Queen Elizabeth Olympic Park London Stadium.
Acara ini yang biasanya diadakan pada 25-26 September, diatur dan dikendalikan oleh Algebra Consulting States yang menjadi penganjur kepada beberapa acara dan festival makanan Muslim terbesar di dunia.
"Kami pertama kali membuat festival ini dengan tujuan menjadikannya sebuah platform agar komuniti-komuniti dan budaya-budaya menggunakan makanan sebagai alat untuk berkumpul dan melihat berapa banyak festival itu berkembang selama beberapa tahun sangat mengujakan." kata Walid Jahangir, CEO Algebra Consulting States.
Beliau menambah: "Kami sangat gembira sekali lagi dapat melancarkan festival ini di Stadium London, tepat di tengah-tengah komuniti."
Lokasi baru di luar telah dipilih untuk memastikan ruang maksimum untuk penjarakan sosial.

Graham Gilmore, pengurus Stadium London berkata: "Kami sangat bergembira kerana dapat mengadakan acara menarik ini di stadium kami. Festival makanan ini menyatukan musik dan budaya masyarakat muslim di satu tempat untuk satu hujung minggu agar semua dapat menikmatinya.
Buat pertama kalinya pada 2016, puluhan ribu orang menghadiri Festival Makanan Halal London di Tobacco Dock untuk menikmati dua hari makanan, hiburan dan pertunjukan langsung.
Festival Makanan Halal London adalah satu-satunya acara seumpamanya di Eropah yang menyatukan pelbagai jenis budaya kuliner dan mempamerkan sekitar 30 gaya memasak halal dari seluruh dunia.

https://iqna.ir/fa/news/3994751

captcha