
Kejadian berlaku di 600 Block Longfellow Street, NW sekitar jam 7.30 malam waktu tempatan (0230 GTM Ahad), lapor Agensi Berita Xinhua.
Ketua Polis D.C, Robert Contee berkata, suspek keluar dari sebuah kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berada di blok itu dan motif kejadian masih disiasat.
Polis masih memburu suspek dan menawarkan ganjaran wang tunai AS$75,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai suspek.
Perilaku terorisme dalam suatu kedaulatan negara pada hakikatnya terjadi kerana pentadbiran pemerintah yang lemah dari segi kejujuran untuk menjaga rakyatnya dari segala kemungkinan tindakan jenayah. Penguat kuasa undang-undang untuk menyekat kebebasan mengguna senjata pembunuh bagi warga amatlah membantu meniadakan kes jenayah, sepatutnya undang-undang seperti ini dibuat oleh setiap negara.
sinarharian.com