IQNA

13:46 - September 21, 2021
Berita ID: 3100167
TEHRAN (IQNA)-Kira-kira 100 tahanan Palestin melancarkan mogok lapar sekiranya rejim pengganas Israel meneruskan penindasan kepada tahanan yang berjaya meloloskan diri dari penjara Gilboa, baru-baru ini.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) memaklumkan, kempen mogok lapar di Penjara Ofer di Tebing Barat akan dilakukan secara besar-besaran selepas pihak penjara memungkiri janji menghentikan hukuman terhadap tahanan berkenaan.

Tekanan semakin meningkat sejak enam tahanan berjaya melepaskan diri di penjara kawalan sekuriti tinggi di utara Israel pada 6 September lalu menerusi terowong yang dikorek di bawah singki.

Terbaharu, menurut PPS, pihak penjara telah bersikap kejam apabila menutup hak lawatan, memendekkan tempoh berehat selain menutup beberapa kemudahan di dalam penjara berkenaan antaranya dobi dan kantin.

Dilaporkan kesemua tahanan Palestin yang melarikan diri telah ditahan semula di utara wilayah berkenaan.

Sebelum ini, Gerakan Jihad Islam dan beberapa ahli politik Palestin telah memberi amaran kepada tentera negara Zionis itu supaya tidak membahayakan nyawa tahanan yang berjaya ditahan semula. 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu.

Ismaweb.net.

Nama:
Email:
* komen:
* captcha: