IQNA

Tanam perasaan ikhlas, bantu mangsa bencana

3:02 - January 05, 2022
Berita ID: 3100599
TEHRAN (IQNA) - Keikhlasan antara asas dalam ajaran Islam yang disyariatkan atas dasar ubudiyah (pengabdian) kepada Allah SWT sebagai tujuan utama penciptaan manusia dan jin.

Tanpa roh ikhlas, sesuatu amalan atau ibadah seperti mayat. Allah SWT berfirman: "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar." (Al-Baiyinah: 5)

Umar al-Khattab RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya setiap amalan disertai niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya akan mendapatkan apa dia niatkan. Sesiapa hijrahnya untuk mendapatkan dunia atau untuk wanita ingin dia nikahi, maka hijrahnya kepada apa dia hijrah kepadanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam al-Ghazali pernah menyatakan: "Niat lurus dan hati ikhlas semata-mata kerana Allah adalah lebih tinggi martabat serta kedudukannya daripada pekerjaan semata-mata hanya berdasarkan niat untuk memperoleh manfaat duniawi.

captcha