IQNA

Kongres antarabangsa Hazrat Hamzah akan diadakan di Qom

5:51 - January 20, 2022
Berita ID: 3100668
TEHRAN (IQNA) - Hujjat-ul-Islam dan Muslimin Nasser Rafi'i, ketua Kompleks Pendidikan Tinggi Sejarah, Tradisi dan Tamadun Islam Universiti Antarabangsa Al-Mustafa, mengumumkan diadakan Persidangan Antarabangsa Hazrat Hamzah (as) di Qom dengan mesej Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Syed Imam Ali Khamenei hf.

Laporan IQNA; Hujjat-ul-Islam dan Muslimin Nasser Rafi'i, ahli fakulti Universiti Antarabangsa Al-Mustafa dan Presiden Kongres Antarabangsa Hazrat Hamzah (as) dalam pertemuan dengan Ayatullah A'rafi pada hari Isnin malam 17hb, pengarah seminari (Hauzawi) negara Republik Islam, berkata: Sejak dua tahun lalu sebelum tersebar wabak Corona dengan sambutan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam lalu membentuk majlis dasar dengan kehadiran cendekiawan elit Hauzawi dan Akademik, kami meletakkan agenda penyediaan Kongres Antarabangsa untuk menghormati dan memperingati Hazrat Hamzah (as) pada tarikh 2 Ferbuari dari pukul 8 hingga pukul 12 tengah hari, sebagai tindak lanjut mesej pemimpin spritual Revolusi Islam. Penyampaian pidato oleh salah seorang ulama marja', Ayatullah Alireza A'rafi; pengarah seminari, akan diadakan di Dewan Persidangan Quds Pusat Akademi Imam Khomeini (ra) di Qom."

Ahli fakulti Universiti Antarabangsa Al-Mustafa menyatakan: Untuk menjelaskan kongres antarabangsa ini sebanyak mungkin, kami telah mengadakan 30 pra-sesi di Qom, Mashhad, Isfahan, Golestan, Tabriz dan Turki, semuanya telah dilaksanakan dan dengan kerja tersuai diserahkan kepada Sekretariat, Kita akan melihat penerbitan lima jilid buku dengan kandungan artikel yang diterima dan teks syarahan mesyuarat ilmiah.

Hujjat-ul-Islam Rafi'i juga merujuk kepada pertemuannya dengan warga pawagam di Universiti Seni dan menambah: "Kami cuba membuat siri dan filem mengenai watak Hazrat Hamzah (as) dengan pasukan media yang kuat."

Hamzah ibn Abd-ul-Muttalib adalah bapa saudara Nabi (saw) dan dikenali di kalangan umat Islam sebagai "Asadullah" bermaksud "singa Allah" dan "Sayyid al-Syuhada" bermaksud "pemimpin para syuhada". Beliau dianggap sebagai seorang tokoh yang berani dan disegani dalam kalangan suku Quraisy dan terkenal dengan keahlian panah dan perburuan singa.

Hamzah syahid dalam perang Uhud pada 15 Syawal tahun ketiga Hijriah oleh "Wahshi Ibn Harb", seorang hamba Habasyah, atas perintah Hindun, isteri Abu Sufyan, dan dikenal "Sayyid-u-Syuhada" selepas syahid.

4029382

captcha