IQNA

Penubuhan kumpulan Al-Quran di selatan Lebanon sempena Hari Pengangkatan Kenabian Baginda Muhammad (SAW)

7:40 - February 26, 2022
Berita ID: 3100812
TEHRAN (IQNA) - Persatuan Kebudayaan Islam Lubnan "Maarif"- «معارف» mengadakan satu siri Rangkaian program Halaqah Al-Quran di bahagian berlainan di selatan Lubnan pada kesempatan 27 Rejab, bertepatan dengan peringatan hari Kebangkitan Nabi (SAW) -بِعثة النبيّ محمّد -صلّى الله عليه و آله سلّم

Laporan IQNA dari Lubnan; Lingkaran Al-Quran ini akan bermula pada hari Ahad, 27 Februari, dan akan berterusan sehingga 4 Mac tahun ini.

Program Rangkaian Lingkaran Al-Quran ini akan diadakan pada peringatan peristiwa kebangkitan Nabi (SAW) di Masjid Imam Ali (as) di bandar "Al-Hawsh"-«الحوش», Masjid Imam Husein (as) di bandar "Deir Qanun Ras Al-Ain"- «دیر قانون رأس العین», Masjid Imam Ali (as) di "Pekan Al-Bazouria- «البازوریه», Masjid bandar "Markaba"-«مرکبا» , Masjid "Al-Madrasah Al-Diniya"- «المدرسة الدینیة» di bandar «صور»... semua tempat ini terletak di selatan Lubnan.

Rangkaian Program Halaqah Al-Quran ini disiarkan secara langsung di Facebook.

Kebangkitan-بعثة النبيّ merujuk kepada Pengangkatan Baginda Muhammad (SAW) sebagai Nabi dan permulaan dakwah Islamik Beliau (SAW), menurut yang terkenal, berlaku pada 27 Rejab, tahun keempat puluh gajah. Oleh itu, dalam budaya Muslimin Syiah, 27 Rejab disambut sebagai "Idul Mab'ath" (عید المبعَث).

Kebangkitan Nabi (SAW)- بِعثة النبيّ محمّد -صلّى الله عليه و آله سلّم adalah permulaan agama Islam dan permulaan penghapusan penyembahan berhala dari masyarakat Hijaz.

4038595

captcha