IQNA

Majlis perasmian Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran

6:19 - March 01, 2022
Berita ID: 3100823
TEHRAN (IQNA) - Majlis perasmian Pertandingan Al-Quran Antarabangsa di Iran telah diadakan pada petang 28 Februari semalam, dengan kehadiran Pengerusi Majlis Mesyuarat Dasar Siasah Imam Jumaat Tehran.

Laporan IQNA; Majlis perasmian Pertandingan Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-38 telah diadakan pada semalam, Isnin, 28 Februari, bersamaan dengan malam kebangkitan Nabi (SAW) 27 Rejab- مبعث النبی الاکرم (ص).

Majlis bermula jam 7 malam, Hujjat-ul-Islam dan Muslimin Muhammad Jawad Haj Ali Akbari, Pengerusi Majlis Dasar Siasah Imam Jumaat Tehran, telah hadir sebagai tetamu khas dan memberikan ucapan.

Syed Mahdi Khamushi, wakil Pemimpin Tertinggi dan ketua Pertubuhan Wakaf dan Amal, pegawai tentera dan negara, dan golongan elit Al-Quran juga talah menghadiri majlis tersebut.

Bacaan Tilawah perasmian majlis adalah bersama Hamidreza Ahmadi-Ufa dan bacaan terakhir bersama Amin Puya, dua Qari antarabangsa negara Republik Islam Iran.

Persembahan kumpulan remaja adalah sebahagian lagi program semalam.

Upacara itu dilakukan oleh Syed Wahid Murtadhawi dan Ahmad Najaf.

Majlis telah diadakan di Dewan Pusat Kesenian Andisheh mengikut arahan kesihatan.

Penghakiman fail video yang dirakam akan bermula pada 1 Mac dengan kehadiran hakim negara Republik Islam Iran dan negara lain di Dewan Pusat Kesenian Andisheh dan diteruskan sehingga hari ke-3 Mac.

Majlis penutup akan diadakan pada hari ke-4 bulan ini.
Mereka yang berminat boleh menonton siaran langsung acara global ini setiap malam dari jam 19:00 hingga 22:30 waktu Tehran, di iqna igna_video Instagram, Quran dan Maaref TV dan Radio Quran.

4039166

captcha