IQNA

Wilayah Muqaddas Husseini-Iraq;
8:15 - April 20, 2022
Berita ID: 3101002
TEHRAN (IQNA) - Gerai Aktiviti Al-Quran Wilayah suci Husseini adalah satu-satunya gerai tetamu dari luar negara Republik Islam Iran yang hadir di Pameran Al-Quran Antarabangsa ke-29, yang telah mempamerkan poster pelbagai aktiviti Al-Qurannya.

Laporan IQNA; Disebabkan wabak Covid dan isu kesihatan, negara jemputan tidak hadir pada Pameran Al-Quran Antarabangsa ke-29 tahun ini, dan Gerai Aktiviti Al-Quran wilayah suci Husseini dari Negara Iraq adalah satu-satunya gerai asing yang didirikan di dewan utama Dewan solat Imam Khomeini di Tehran.

Pavilion wilayah Husseini merangkumi pelbagai bahagian di mana poster aktiviti Pusat Penyebaran Al-Quran Antarabangsa dan Dar Al-Quran, yang kedua-duanya bergabung dengan mempamerkan zarih pusara Suci Imam Hussein (as).

Syed Qasim Al-Batat, ketua Pavilion Aktiviti Al-Quran wilayah suci Husseini, memberitahu IQNA: "Dalam bahagian aktiviti Pusat Penyebaran Al-Quran Antarabangsa, poster aktiviti pusat itu termasuk kursus latihan untuk guru Al-Quran di Indonesia, kalangan aktiviti Al-Quran di Pakistan, dan Pameran Al-Quran Antarabangsa di Al-Harmain, halaqah Al-Quran di Asia Tenggara, halaqah Al-Quran antarabangsa di halaman  wilayah suci Husseini dan aktiviti Al-Quran di Afrika, telah dipamerkan kepada umum."

Beliau menambah bahawa sekeping marmar dari dalam dewan wilayah suci Husseini dan dinding zarih besar makam Imam Hussein (as) adalah antara karya yang ditawarkan di astaka dan cabutan bertuah juga akan diadakan untuk menganugerahkan bendera makam Imam Hussein (as) kepada dua orang pada majlis penutupan Pameran Al-Quran Antarabangsa.

آستان حسینی؛ تنها غرفه خارجی حاضر در نمایشگاه بین‌المللی قرآن

آستان حسینی؛ تنها غرفه خارجی حاضر در نمایشگاه بین‌المللی قرآن

آستان حسینی؛ تنها غرفه خارجی حاضر در نمایشگاه بین‌المللی قرآن

آستان حسینی؛ تنها غرفه خارجی حاضر در نمایشگاه بین‌المللی قرآن

4050624

Nama:
Email:
* komen:
* captcha: