IQNA

Pembacaan Al-Quran dalam perkabungan Hussaini / 1

Bacaan Abul Qasimi ayat 99 hingga 111 Surah As-Saffaat + video

10:07 - August 10, 2022
Berita ID: 3101360
TEHRAN (IQNA) - Bacaan Abul Qasimi ayat 99 hingga 111 Surah As-Safaat Ahmad Abul Qasimi, qari antarabangsa, membacakan ayat 99 hingga 111 Surah Mubarakah As-Safaat dalam himpunan Asyura Hussaini, yang dianjurkan oleh IQNA di Institut Ahsanul-Hadith.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
وَقَالَ إِنِّی ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ 
"Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar)" Qs, As-Saaffaat 37:99).
رَبِّ هَبْ لِی مِنَ الصَّالِحِينَ 
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (Qs, As-Saaffaat 37:100).
فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ 
"Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar." (Qs, As-Saaffaat 37:101).
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ 
"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". (Qs, As-Saaffaat 37:102).
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ 
"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)." (Qs, As-Saaffaat 37:103).
وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ 
"Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! (Qs, As-Saaffaat 37:104).
قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ 
"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan." (As-Saaffaat 37:105).
إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ 
"Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;" (As-Saaffaat 37:106).
وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ 
"Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;" (As-Saaffaat 37:107).
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ 
"Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian". (As-Saaffaat 37:108).
سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ 
"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109).
كَذَلِكَ نَجْزِی الْمُحْسِنِينَ 
"Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan." (As-Saaffaat 37:110).
إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ 
"Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman." (As-Saaffaat 37:111).

 

captcha