IQNA

Pembukaan sekolah Al-Quran untuk anak yatim dan fakir miskin di India

8:12 - August 16, 2022
Berita ID: 3101384
TEHRAN (IQNA) - Persatuan Amal "Hifaz" -«حفاظ» - Kuwait membuka sekolah Al-Quran untuk manfaat 10,000 anak yatim dan pelajar miskin di India.

Laporan IQNA, memetik Al-Mujtama; Ahmad Al-Murshid, naib pengerusi Majlis Pentadbiran Persatuan Amal Hifaz Kuwait, berkata dalam hal ini: "Madrasah Al-Quran ini, dengan izin Allah, telah ditubuhkan di wilayah Harita di India demi menangani masalah buta huruf dan memberi peluang mempelajari Al-Quran dan asas Bahasa Arab nya dan telah dibuka kepada pelajar yang memerlukan.

Beliau menambah: Lebih 10,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada sekolah ini dan akan mempelajari Al-Quran secara berkumpulan seramai 200 orang.

Ahmad Al-Murshid menjelaskan: Sekolah Al-Quran mempunyai peranan, kedudukan dan kepentingan yang utama dalam masyarakat, yang berpunca daripada kepentingan dan kedudukan Al-Quran sebagai kitab suci ilahi yang kekal dan cahaya yang terang.

Al-Murshid juga menyatakan: Sekolah Al-Quran adalah keperluan agama dan pendidikan dalam masyarakat dan bersama-sama bidang pendidikan lain seperti keluarga dan sekolah, mereka memainkan peranan penting dalam pendidikan, bina diri dan penyokong utama kanak-kanak untuk selamat dari faktor-faktor yang menyimpang.

Akhirnya, merujuk kepada aktiviti Persatuan Amal Hifaz, beliau berkata: Persatuan ini memberi perhatian kepada pembinaan sekolah dan kelas Al-Quran di kawasan berpenduduk Islam di berbagai belahan dunia; Kawasan yang tidak mempunyai masjid dan tempat mengajar Al-Quran dan bahasa Arab.

4077967

Nama:
Email:
* komen:
captcha