IQNA

Permulaan berjalan ziarah Arbain di Iraq + Gambar

7:36 - August 29, 2022
Berita ID: 3101445
TEHRAN (IQNA) - Para peserta ziarah berjalan kaki Arbain Hussaini di kawasan «منطقة رأس البیشة» "Manthaqatu Ra'sul-Baishah" yang terletak di kawasan Faw - منطقة فاو -, wilayah Basra, Iraq mengumumkan permulaan awal upacara ini dengan slogan; «من البحر الی النحر» "Dari laut ke sungai".

Laporan IQNA, memetik al-Mubarbad; sebilangan rakyat kawasan Ra'sul-Baishah di Faw, yang terletak di wilayah Basrah, Iraq, telah memulakan perarakan Arbain Hussaini menuju Karbala Mu'ala.

Kebanyakan peserta acara ini terdiri daripada golongan muda. Majlis rasmi permulaan perarakan ini akan dimulakan beberapa hari lagi dengan kehadiran beberapa tokoh agama daripada Najaf Ashraf, pegawai kerajaan dan perarakan.

Keperluan perarakan Hussaini telah didirikan di jalan Faw ke utara wilayah Basrah untuk menyediakan makanan, minuman dan pusat rehat untuk jemaah ziarah Hussaini. Perarakan ini berlangsung antara 12 dan 14 hari.

Ahli dewan berkuasa Iraq di wilayah Wasit - منطقة واسط - telah mengumumkan bahawa jawatankuasa khas untuk menyediakan keselamatan upacara ziarah Arbain telah melantik kumpulan kerja keselamatan, kesihatan dan perkhidmatannya, dan ia juga telah menentukan tarikh permulaan majlis pelaksanaan rancangan upacara itu.

Muhammad Al-Miyahi, ketua panitia ini menyatakan: Aktiviti jawatankuasa ini akan bermula dari awal bulan September iaitu 20 hari sebelum Arbain.

Tambahnya, tarikh ini diselaraskan oleh pihak Iran dan dirancang 100,000 orang akan memasuki Iraq dari lintasan sempadan Mehran-Zarbatieh setiap hari.

آغاز زودهنگام پیاده روی اربعین از منطقه رأس البیشه در فاو+ تصاویر

آغاز زودهنگام پیاده روی اربعین از منطقه رأس البیشه در فاو+ تصاویر

آغاز زودهنگام پیاده روی اربعین از منطقه رأس البیشه در فاو+ تصاویر

آغاز زودهنگام پیاده روی اربعین از منطقه رأس البیشه در فاو+ تصاویر

4081106

captcha