IQNA

Konvoi dari Karbala ke Samarra memperingati kesyahidan Imam Hassan Askari (as)

4:41 - October 06, 2022
Berita ID: 3101625
TEHRAN (IQNA) - Wilayah Hussaini di Iraq telah melancarkan kafilah dari Karbala ke Samarra untuk melayani jemaah ziarah yang berkabung pada ulang tahun kesyahidan Imam Hassan Askari (as). Wilayah maqam dua Imam maksum Ahlulbayt Nabi Muhammad (SAW) iaitu Imam Hassan bin Imam Ali Al-Hadi (as) yang berada disamping kuburan ayahnya - sehingga dikenal dengan Haram suci Askariyain - حرم امامین عسکریین(ع) - Maqam dua Imam suci yang dijaga ketat oleh Askar kerajaan pada zaman hidup mereka (as).

Laporan IQNA; Menurut Wilayah Hussaini, konvoi ini telah meninggalkan Karbala ke kota Samarra di selatan wilayah - صلاح‌ الدین - Salahuddin - di Iraq untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan kepada jemaah ziarah semasa upacara haul kesyahidan Imam Hassan Askari (as) tarikh 8 Rabiulawal tahun 260 Hijriah Qamariah.

Amir Nasrallah, ketua delegasi Wilayah Hussaini ke Samarra menyatakan: Kami telah datang ke Samarra selaras dengan saranan Sheikh Abdul Mahdi Karbalai, wakil pihak berkuasa Iraq dan penjagaan wilayah Hussaini, untuk menyediakan perkhidmatan khas kepada jemaah ziarah Makam Imam Hassan Askari (as) sempena peringatan haul kesyahidan imam (as).

Beliau menambah: Mendirikan khemah yang serba lengkap untuk jemaah ziarah, menugaskan kakitangan khusus untuk membersihkan maqam Imam Askariyain (as), melengkapkan rumah tetamu maqam dengan 10 tan makanan dan mengagihkan air kepada jemaah adalah antara perkhidmatan ini.

Amir Nasrallah menjelaskan: menyediakan perkhidmatan tidak eksklusif untuk bandar Samarra sahaja; juga memberi khidmat kepada jemaah yang pergi ziarah ke makam putra Imam Ali Al-Hadi "Syed Muhammad" saudara kepada Imam Hassan Al-Askari (as) yang ada di kawasan ini turut menjadi agenda.

Hari semalam, 8 Rabiul-Awal bersamaan dengan 5 Oktober, ulang tahun kesyahidan Imam Hassan Askari (as), dan ramai jemaah ziarah berkabung menghadiri tapak ziarah Iraq, terutamanya di Karbala dan Samarra.

4089849

 

Nama:
Email:
* komen:
captcha